PALU, 5 September 2026 – Seorang wanita di Sulawesi Tengah, Indonesia, mencuri perhatian warga maya selepas didakwa meletakkan sebuah papan ucapan berukuran besar di tempat kerja seorang individu yang didakwa memiliki hubungan dengan pasangannya.
Papan ucapan berkenaan memaparkan tulisan “Turut Berduka Atas Hilangnya Harga Diri Pelakor Priscilla Putri Agan”, selain disertakan mesej “Dari Istri Sah”.

Tindakan tersebut tular di media sosial selepas gambar papan berkenaan dikongsikan dan mendapat perhatian ramai, susulan dakwaan berlaku konflik melibatkan hubungan rumah tangga.
Salah satu hantaran Threads oleh pemilik akaun niiiiyyy_94 turut menjadi perhatian apabila memuat naik gambar papan tersebut dengan kapsyen bernada sinis, dengan merujuk lokasi perletakkan papan tanda itu di hadapan sebuah bank di Palu, Sulawesi Tengah.

Hantaran itu kini mencatatkan 3.7 juta tontonan dan 51,600 reaksi, selain menerima pelbagai komentar daripada warga maya.
Antara reaksi yang mendapat perhatian datang daripada pengguna bernama nikitafirdaus, yang mendakwa wanita berkenaan merupakan isteri sah kepada seorang lelaki yang mempunyai latar belakang keluarga berprofil tinggi.
“Barusan baca di thread lain kalo istri sah anak satu²nya dari seorang jendral. Like girrrrrllll 🤯…”
Seorang individu mendakwa wanita yang dikatakan sebagai isteri sah itu merupakan seorang doktor pakar, selain merupakan anak tunggal kepada seorang jeneral dan anak saudara kepada seorang ketua polis wilayah (ketua kepolisian wilayah – kapolda).

Dalam perkembangan sama, turut beredar satu hantaran lain yang memaparkan seorang wanita didakwa sebagai isteri sah hadir sendiri di sebuah premis untuk bersemuka dengan individu yang didakwa mengganggu pasangannya.
Gambar berkenaan menunjukkan beberapa individu berada di dalam sebuah ruang pejabat, dengan seorang wanita dilihat berdiri berhadapan seorang lagi wanita.
Insiden tersebut kini menjadi bualan hangat warga maya, khususnya selepas papan ucapan berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dan komen di media sosial.
#TawauKini