Tidak jauh dari KK – Restoran ini tawar ‘shellout perahu’ & pelbagai set sajian lazat, nikmati waktu senja dibelai bayu tepian laut

Tidak jauh dari KK – Restoran ini tawar ‘shellout perahu’ & pelbagai set sajian lazat, nikmati waktu senja dibelai bayu tepian laut

TUARAN, 7 September 2026 – Bagi yang mahu keluar seketika dari kesibukan Kota Kinabalu tanpa perlu pergi terlalu jauh, kawasan Anjung Gayang di Tuaran menawarkan suasana berbeza untuk menikmati petang bersama keluarga atau rakan.

Terletak di Jalan Sulaman, Kampung Gayang, Tuaran, D’Ocean Shellout Anjung Gayang menawarkan pengalaman menikmati hidangan makanan laut dalam suasana santai, termasuk tarikan utama iaitu Shellout Perahu yang membolehkan pelanggan menikmati hidangan di dalam sebuah replika perahu.

Anjung Gayang Tuaran

Shellout Perahu itu ditawarkan menerusi beberapa pilihan set iaitu Set A, Set B dan Set C, selain terdapat pilihan Shellout Ketam Telur serta pelbagai hidangan makanan laut dan seafood hidup.

Bagi yang mencari pilihan lebih berpatutan untuk dinikmati bersama keluarga, D’Ocean Shellout turut menyediakan Set Bajet serendah RM60 sahaja, dengan lima jenis hidangan untuk kira-kira tiga hingga empat orang.

Shellout Perahu di Anjung Gayang Tuaran

Set tersebut merangkumi ikan masak tiga rasa, sotong goreng tepung, udang butter kering, sayur kangkung garlic dan sup jagung. Menurut pihak restoran, set berkenaan antara hidangan yang paling laris dan mendapat sambutan daripada pelanggan.

Selain itu, pengunjung turut boleh memilih hidangan seafood segar seperti ketam bakau, kupang, udang hidup, talapia, oyster, ikan siakap hidup, ikan bawal emas hidup, ketam telur dan sapak.

Seafood di Anjung Gayang Tuaran

D’Ocean Shellout juga menawarkan Buffet Premium, manakala pelanggan yang mahu menikmati pengalaman berbeza boleh memilih pakej set makan dan cruise sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Bagi mereka yang gemar aktiviti santai, port memancing turut disediakan di lokasi berkenaan.

Seafood di Anjung Gayang Tuaran

Dari segi lokasi, D’Ocean Shellout Anjung Gayang terletak kira-kira 16 hingga 20 kilometer dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), dengan anggaran perjalanan sekitar 20 hingga 30 minit menggunakan kenderaan, bergantung kepada keadaan trafik.

Sementara itu, perjalanan dari pusat bandar Kota Kinabalu dianggarkan sekitar 35 hingga 40 kilometer, dengan masa perjalanan kira-kira 35 hingga 50 minit.

D’Ocean Shellout Anjung Gayang beroperasi dari 11 pagi hingga 10.30 malam. Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi 011-1683 5011.

#TawauKini