TAWAU, 5 September 2026 – Pemilik dan pengusaha jentera pembinaan di Tawau berpeluang mendapatkan tawaran istimewa daripada Kobelco Construction Machinery Malaysia Sdn. Bhd. menerusi Kobelco Excavator Road Show yang bakal berlangsung pada 8 September ini.
Roadshow berkenaan akan berlangsung dari 10 pagi hingga 4 petang di Institute of Science & Management (ISM), Jalan Chong Thien Vun, Tawau, dengan jamuan tengah hari disediakan pada 12 tengah hari.
Antara tarikan utama ialah promosi khas untuk pembelian mesin Kobelco, termasuk percuma servis penuh selama satu tahun serta pakej perjalanan percuma ke Vietnam pada 2027.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan diskaun menarik bagi alat ganti menerusi Parts Booth yang disediakan sepanjang acara berkenaan.
Antara model jentera yang bakal dipaparkan termasuk SK70-10, SK130XDL-10E dan SK200XDL-10, selain pelbagai produk dan komponen alat ganti Kobelco.
Promosi ini memberi peluang kepada pemilik dan pengusaha dalam industri pembinaan untuk mendapatkan jentera Kobelco bersama manfaat tambahan yang ditawarkan khas sempena roadshow tersebut.
Untuk pertanyaan lanjut mengenai promosi mesin, orang ramai boleh menghubungi:
📞 Anthony: 016-860 8700
📞 Felix: 019-892 9270
📞 Francis: 019-843 6172
📍 Institute of Science & Management (ISM), Jalan Chong Thien Vun, Tawau
📅 8 September 2026 (Selasa)
⏰ 10 pagi – 4 petang
#TawauKini

