Sumber: Facebook Abi Aisyah Humaira
Seorang lelaki atau lebih dikenali Abi Aisyah Humaira (Nama Facebook) berkongsi pengalamannya berjumpa dengan seorang Pakcik berusia 67 tahun di Pasar Tanjung, bekerja menolak gerobak demi mencari sesuap nasi.
“Pagi ini seawal jam 6 saya sudah keluar rumah untuk ke Pasar Besar Tawau bagi membeli barang keperluan untuk memasak petang nanti”
Bila saya sampai di bahagian ayam segar, betul-betul Pakcik ni lalu di depan saya, hampir-hampir kami terlanggar. Saya tahan dan panggil Pakcik ni berborak sekejap.
Cari Makan Dengan Menolak Gerobak dan Angkat Barang-Barang Orang
Saya bertanya, “Pakcik buat apa ni bawa gerobak?”
Pakcik itu berkata “Cari makan nak, cari upah untuk angkat barang-barang orang”
Allahu, tangan Pakcik ni jelas kelihatan umurnya sekitar 65 tahun ke atas dan ada yang sudah berkedut-kedut perasaan saya.
Benar tekaan saya, bila saya bertanya berapa umuar Pakcik, 67 tahun balas Pakcik ini dan dari Batu 4 Kg. Kurnia Jaya.
Kebetulan memang dalam list belian barang saya pagi ini sangat banyak dan tidak mampu saya untuk angkat seorang. Jadi saya terus ambil keputusan untuk Pakcik ini ikut saya, menolong saya untuk angkat barang-barang nanti.
Alhamdulillah sekitar 30 minit saya membeli barang-barang keperluan akhirnya saya masukkan dalam gerobak Pakcik ni. Dia menolak gerobak nya mengikuti saya ke kereta.
Tubuh Yang Tua Tapi Masih Gigih Dan Kuat Mencari Rezeki
Hati saya sayu melihat tubuh yang sudah tua itu masih gigih dan kuat utk mencari rezeki. Saya sempat bertanya: “Pakcik, kenapa tidak rehat-rehat sahaja di rumah, ini angkat barang-barang semua ini, nanti sakit susah”, Pakcik itu membalas:
Cari makan nak, kalau tidak macam mana nanti, waktu sekarang ni susah, tahan sahajalah”
Selesai masukkan barang dalam kereta, saya titipkan sedikit duit bukan sebagai upahnya tapi untuk belanja keluarga selama dua hari.
Pakcik itu terus kucup duit pemberian saya dan berkata “Banyak ni nak”
Namun saya membalas sikit jak Pak Cik, simpanlah untuk belanja keluarga. Itu saya mampu, jadi kenapa berkira pada Pakcik.
“Alhamdulillah, seawal pagi Allah bukakan pintu rezeki bagi saya dan keluarga. Bagi saya semua ni adalah pintu-pintu rezeki”
Semoga pengalaman lelaki tersebut memberi contoh kepada kita untuk lebih bersyukur dan beruasaha menolong mereka yang memerlukan kerana di dalam rezeki kita dapat, mungkin tersimpan rezeki orang lain.
Sumber: Abi Aisyah Humaira