Seperti mana yang sedia maklum, Daerah Tawau merupakan antara daerah yang begitu terkesan dengan pelaksanaan PKP di Sabah. Hampir 20 buah kawasan di Tawau telah diisytiharkan sebagai kawasan PKPD. Untuk pelaksanaan PKP kali ini, ianya mendatangkan kesan yang begitu mendalam kepada warga Tawau. Apa sebab dan akibatnya ?
Golongan Peniaga
Kos sewaan premis juga menjadi salah satu beban buat para peniaga yang menyewa premis. Luahan ini diluahkan di ruangan komen pada kenyataan yang dimuatnaik. Kos sewa kedai yang terpaksa dibayar walaupun kedai tidak digunakan untuk beroperasi sepanjang PKP dilaksanakan.
Golongan Masjid
PKP yang dilaksanakan kali ini sekali lagi diadakan didalam bulan ramadhan. Seperti mana yang semua tahu, bulan ramadhan ini penuh barakah dan seringkali diimarahkan dengan ibadah seperti Solat Sunat Tarawih di masjid. Namun, dengan pelaksanaan PKP, sekali lagi untuk tahun yang kedua, masyarakat di Tawau tidak dapat menunaikan solat Tarawih secara berjemaah di masjid seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Disebabkan hal tersebut, mendatangkan kerinduan dikalangan masyarakat untuk menunaikan solat Tarawih secara berjemaah, namun apakan daya, tetap akur dengan keputusan pemerintah untuk tidak membenarkan masjid di Daerah Tawau melaksanakan solat sunat Tarawih.