Sungai Merah Di Tawau? ~ Balung Lost World, Wajib Anda Kunjungi !




Balung Lost World merupakan antara salah satu tempat menarik yang wajib anda kunjungi sekiranya anda bercuti ke Tawau, Sabah. Buat orang Tawau, andalah yang paling wajib pergi ke sini!

Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan seorang pencinta alam dan gemar aktiviti mendaki, Balung Lost World ini memang wajib ada dalam bucket list anda. 

Balung Lost World, Sungai Berwarna Merah! 

Balung Lost World terletak dalam Hutan Simpan Berkekalan Hulu Kalumpang yang mempunyai keluasan 8,000 hektar. Khazanah alam ini juga termasuk dalam hutan simpan kelas pertama yang tidak terbuka pada umum. 

Malah, hutan yang dilindungi ini hanya boleh diterokai menerusi Biro Pelancongan Koperasi Balung Cocos. Mereka bertanggungjawab atas pengurusan aktiviti pelancongan di Kampung Balung Cocos. Pengangkutan dari Kampung Balung juga ada disediakan. Jangan risau, anda hanya perlu beli pakej yang ditawarkan untuk masuk ke menerokai hutan yang unik ini. Apapun, pastikan anda masuk dengan kebenaran ya!

Penduduk Kampung Balung Cocos telah menemui hutan istimewa ini dan diterokai dengan kebenaran serta kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah.

Hutan ini mempunyai ciri-ciri yang agak unik iaitu punca air bukitnya datang dari dua arah. Selain itu, air sungai berwarna merah yang cukup mempersonakan. Menurut beberapa sumber, air sungai tersebut berwarna merah hasil daripada akar pokok yang terendam didalam sungai. 

Disamping itu, anda juga akan melihat batu kristal dan periuk kera di sepanjang laluan. Cukup mengujakan!

Sekiranya anda mahukan pengalaman lain daripada yang lain, jangan lupa singgah ke Balung Lost World ini. Anda juga boleh mandi-manda, berBBQ, serta menginap di Balung Resort. 


Jom kita tengok gambar-gambar menarik di sana!

(Nota: Gambar dikreditkan untuk semua pemilik gambar yang asal)



Akar pokok yang terendam didalam sungai

Merah mempesonakan!


Aliran sungai di Balung Lost World 


Jernihnya!


Periuk kera disepanjang perjalanan/trek 

 


Sekiranya anda berpeluang, jangan lupa singgah di sini ya! Memang menarik. Anda boleh bawa keluarga untuk menikmati kesegaran alam sambil belajar banyak perkara tentang alam disepanjang perjalanan. 


Eh, anda juga boleh singgah ke  Columnar Basalt Balung Cocos sekali. Memang menarik!


Sumber : 
1. https://rileklah.com/tarikan/balung-lost-world-sungai-merah-di-tawau-sabah
2. https://www.iloveborneo.my/tempat-menarik-di-borneo/aliran-air-sungai-berwarna-merah-anda-pasti-kagum-dengan-balung-lost-world-di-tawau/
– Google Image



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *