Tips Hiking Untuk Wanita & Langkah Yang Perlu Dibuat Sekiranya Sesat Ketika Di Hutan


Hiking adalah merupakan salah satu aktiviti riadah yang digemari ramai termasuklah wanita. Sebagai seorang wanita, terdapat beberapa perkara yang kita perlu ambil kira ketika bercadang untuk menyertai aktiviti mendaki ataupun masuk ke hutan. 

Berikut ialah antara tips-tips yang anda boleh ikuti untuk memastikan pendakian anda berjalan lancar dan mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. 

Teruskan membaca.

Tips Hiking Untuk Wanita 

1. PAKAIAN YANG SESUAI


Pastikan anda memakai pakaian riadah yang sesuai iaitu t-shirt lengan panjang/baju yang sesuai dan seluar yang selesa. Elakkan memakai baju yang tidak menyerap peluh ataupun baju yang berlapis-lapis.

Anda juga digalakkan untuk memakai baju yang berwarna terang untuk memudahkan anda dilihat. Pemilihan baju yang terang juga boleh mengelakkan anda menjadi tumpuan serangan nyamuk dll. 

Jangan memakai skirt ataupun baju yang ‘meleret-leret; kerana boleh membahayakan anda (baju tersangkut, terpijak, dll) dan melambatkan pergerakan. 

2. TUDUNG

Selain baju dan seluar, pemilihan tudung juga penting bagi wanita yang bertudung. Sekiranya anda tidak mempunyai tudung khusus untuk bersukan, pastikan anda memakai tudung yang selasa. Elakkan memakai tudung yang mempunyai kain yang tebal dan elakkan menggayakan tudung yang boleh menyebabkan anda berasa ‘lemas’. 

3. KASUT

Elakkan memakai selipar ataupun sandal yang terbuka. Pastikan anda memakai kasut yang mempunyai tapak yang tidak licin dan boleh ‘mencengkam’ dengan baik. Jangan memakai kasut yang longgar ataupun ketat. 

Selain kasut, pastikan anda memakai stokin untuk mengelakkan kaki anda melecet dan mengurangkan risiko digigit haiwan/serangga yang tidak diketahui ketika mendaki. 

4. BEKALAN MAKANAN & MINUMAN

Ini adalah merupakan antara perkara yang utama. Pastikan anda membawa makanan dan minuman secukupnya. 

Untuk makanan, anda boleh membawa makanan yang boleh memberikan sumber tenaga dengan cepat seperti pisang, coklat dan sebagainya. Anda digalakkan untuk membawa makanan yang boleh dimakan terus serta mudah dimakan. 

TIPS: Bawa air lebih. 

5. ALAT KESELAMATAN 

Sebagai persediaan, anda juga disyorkan membawa sebarang alat yang boleh membantu anda untuk menjaga keselamatan diri seperti ‘pepper spray’, ‘rape alarm’, dan mana-mana alat yang berkaitan. 

Pastikan anda membawa alat-alat yang berguna sekiranya anda perlukan pertolongan orang lain kelak.  

6. UBAT-UBATAN

Anda juga digalakkan untuk membawa ubat-ubatan seperti minyak angin, inhaler, dan sebagainya. Sekiranya anda sedang datang bulan, pastikan anda membawa ubatan khusus anda untuk mengelakkan period pain. 

7. PERGI SECARA BERKUMPULAN/BERSAMA KAWAN LELAKI

Sekiranya anda tidak mahir selok belok kawasan tersebut, pastikan anda pergi secara berkumpulan dan bersama kawan lelaki. Hal ini amat penting untuk memastikan keselamatan anda terjamin serta mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti sesat dll. 

8.  MAKLUMKAN KEPADA AHLI KELUARGA

Jangan lupa maklumkan kepada ahli keluarga anda mengenai rancangan anda. Maklumkan nama tempat serta nama rakan-rakan yang terlibat kepada ahli keluarga anda. 

9. ELAKKAN MEMBAWA BAG YANG BERAT

Anda tidak digalakkan untuk membawa beg yang berat ketika mendaki kerana boleh mempercepatkan kehabisan tenaga anda serta menyukarkan pergerakan anda. Bawa barang yang penting dan perlu sahaja. 

Sekiranya perlu, minta tolong orang lain (lelaki) yang mempunyai kudrat yang lebih kuat daripada anda untuk membawakan beg anda secara bergilir-gilir. 

Langkah Yang Perlu Dibuat Sekiranya Sesat Ketika Di Hutan 

Disebabkan malang tidak berbau, ini langkah yang anda perlu buat sekiranya anda tersesat; 

1. Patah balik dan cuba kenal pasti trek yang anda telah dilalui sebelumnya. 

(TIPS: Pastikan anda memerhati kawasan sekeliling atau membuat tanda ketika mendaki/berada dihutan untuk memudahkan anda mencari jalan keluar sekiranya tersesat)

2. Cari kawasan yang selamat & sesuai untuk berehat seketika. Hal ini penting, untuk menenangkan fikiran dan membantu anda untuk merancang tindakan yang perlu anda lakukan untuk mencari jalan keluar. Apa yang penting, jangan panik!

3. Cari kesan tapak kaki atau tanda yang ditinggalkan sekiranya ada. Tunggu di tanda tersebut kerana kemungkinan besar, guide akan mencari anda di kawasan tersebut. 

4. Jimat bekalan minuman/makanan. Jangan habiskan makanan/minuman yang dibawa kerana anda tidak tahu selama mana anda terpaksa berada di hutan tersebut. Cari sumber air/ buah yang boleh dimakan sekiranya anda. 

(TIPS: Elakkan memakan buah/tumbuhan yang berbau dan keras kerana kemungkinan buah/tumbuhan tersebut tidak boleh dimakan/beracun. Sebelum makan, lenyekkan sedikit buah/tumbuhan di tangan anda terlebih dahulu. Jangan makan sekiranya tangan anda berasa gatal ataupun panas. Sekiranya loya pada tekak anda, lebih baik elakkan juga)

5. Sekiranya masih tiada tanda-tanda pencarian, seeloknya tunggu dikawasan trek dan elakkan daripada tidur dikawasan itu kerana ia mungkin menjadi laluan haiwan pada waktu malam.

6. Tinggalkan tanda pada laluan anda sekiranya anda bercadang untuk mencari jalan keluar sendiri. Ini membolehkan anda dijejaki oleh pasukan pencari. 

Semoga panduan ini dapat membantu anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *