Sup Warisan Turun Temurun Bonda Kesayangan Menjadi Rahsia Menu Sup Sedap Di Muhibbah Square

Buat mereka yang gemarkan makanan sup, soto dan coto, Sup Warisan Bonda menyediakan menu asli untuk sup, soto dan coto. Lokasi di Muhibbah Square, bersebelahan dengan Shellout Lowcost.

Bila kamu datang sini, first sekali yang kamu kena try adalah Coto Makassar disini. Rasa memang asli dan padu. Kuahnya yang penuh dengan rasa kacang dan pedas-pedas sedikit. Tekstur kacang yang masih ada pada kuahnya membuatkan rasa coto ni lagi sedap. Padat dengan isi lontong, daging dan perut. Lepas tu kamu kena try Bakso Kaki Ayamnya. Perghhh. Betul2 original dan mengembalikan nostalgia bila hirup sup ni. Isinya pulak ada kaki ayam, mihun, bebola daging dan nda sah la kalau nda ditambah dengan kulit ayam ranggup.

Selain dari Coto dan Sup, diorang jugak ada sediakan menu lain seperti Soto dan Nasi Lalap. Min sukak betul dengan sambal Nasi Lalap disini sebab sambal tomato dia tu “balance” nda terlampau pedas nda jugak terlebih tomato. Haa gitu. Sup Warisan Bonda beroperasi pada jam 9 pagi sehingga 6 petang, bertempat di Muhibbah Square. Yang teringin lepak2 petang tu, bolehlah singgah.

Bagi mereka yang penat atau malas mau keluar untuk singgah disini, anda boleh membuat tempahan melalui Foodpanda dan boleh jugak untuk terus hubungi 010 760 4360 bagi sebarang pertanyaan dan tempahan.

So apa tunggu lagi? Jom guys !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *