Kewujudan pelbagai kaum di Sabah menyebabkan Sabah begitu kaya dengan kepelbagaian budaya dan adat resam. Terdapat banyak cerita unik, misteri dan tingggalan sejarah yang segar di abadikan sebagai satu kebanggaan/kemegahan.
Salah satu keunikan tradisi yang menjadi tinggalan sejarah di Sabah adalah tradisi pengkebumian masyarakat dahulu kala menggunakan keranda kayu balak.
Pengebumian Menggunakan Keranda Kayu Balak
Tahukah anda, menurut satu artikel yang diterbitkan oleh The Patriots, terdapat hampir 13 tapak yang dikenalpasti sebagai lokasi penyimpanan keranda kayu balak ini.
Kesemuanya terletak di Pantai Timur, Sabah dengan kebanyakannya bertumpu di sekitar daerah Kinabatangan.
Uniknya,keranda-keranda kayu balak yang lazim dibina menggunakan kayu belian,merbau dan pelbagai jenis kayu yang berkualiti lagi tidak ditanam seperti mana kebiasaannya. Sebaliknya keranda-keranda berkenaan akan ditempatkan di dalam gua.
Menerusi hasil keputusan yang diperoleh daripada sebuah kajian, adalah dipercayai penduduk setempat telah mula mengamalkan adat pengkebumian keranda kayu balak di kompleks Agop Batu Tulug bermula seawal 600-900 tahun sebelumnya.Bahkan jauh lebih lama daripada sebelum itu.
Terdapat alasan yang diandaikan wajar di sebalik ritual pengkebumian yang dianggap misteri ini. Salah satu teori yang mengatakan tujuan keranda-keranda kayu berkenaan diletakkan di kawasan bukit yang tinggi dan curam adalah sebagai salah satu petunjuk hierarki sosial individu terbabit dalam masyarakat seperti golongan bangsawan dan ketua kampung.
Kisah Legenda
Antara kisah legenda yang dikaitkan dengan asal usul keranda kayu balak ini adalah; Pahlawan masyarakat Sungai di Sungai Lokan iaitu, wira Giwai yang dikebumikan di dalam sebuah keranda yang dibuat menggunakan kayu balak (Giwai telah meminta keluarganya supaya membuat keranda berukiran sisik buaya dan kepala kerbau) bersama tunangnya Tahira yang meninggal dunia atas sebab yang tidak diketahui.
Mereka ‘dikebumikan’ dalam satu keranda yang sama dan satu lubang kecil telah dibuat pada keranda bagi membolehkan seruling Giwai disematkan.
Dikatakan Sepanjang 7 hari seruling Giwai ditiup dari dalam keranda sehinggalah seruling berhenti bagi menandakan Giwai turut meninggal dunia di dalam keranda yang sama.
Selain itu, ada juga legenda yang menceritakan satu kisah lain; Sangan, seorang yang gagah perkasa dan seorang pemimpin unggul di sebuah kampung di Sungai Lokan telah ditikam oleh abang iparnya (Tanaut) yang dengki padanya melalui pembunuh upahan ketika ia tidur dalam medan perang.
Dengan rasa kesakitan Sangan bangun dan melihat pembunuh upahan itu berdiri di sisinya, Sangan mencabut lembing yang tertanam didadanya lalu membunuh pembunuh yang diupah oleh Tanaut.
Hati Sangan terjulur keluar dari bekas tikaman namun dia dapat kembali ke kampungnya sambil memegang hatinya yang terkeluar. Tidak tahan dengan memegang hatinya itu, Sangan membuat keranda kecil dan mengkebumikan hatinya dalam keranda tersebut.
Walaubagaimanapun, tradisi mengebumkan jenazah menggunakan kayu balak ini tidak diamalkan lagi seiring zaman berlalu.
____
Kredit: https://www.thepatriots.asia/pengebumian-keranda-kayu-balak-di-sabah/