Dua Terkorban, Kebakaran Di Kampung Titingan.

 


Satu kebakaran telah berlaku di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama pada 12 Jun 2022 yang lalu. Kebakaran tersebut telah membabitkan 5 buah rumah dan menyebabkan 2 orang terkorban. Kebakaran yang berlaku melibatkan tiga buah rumah jenis tidak kekal dan dua buah rumah jenis separuh kekal. 

Panggilan kebakaran di terima oleh pihak Balai Bomba (BBP) Tawau pada 12.54 pagi dan pihak BBP segera bergerak ke lokasi kejadian. Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan dengan menggunakan 400 kaki 4 pancutan sumber air dari Jentera Bomba dan bantuan daripada Bomba Komuniti Sri Titingan menggunakan satu aliran 400 kaki 1 pancutan pam angkut dari sumber Jabatan Air. Kebakaran berjaya dikawal kira-kira 1.32 pagi. 


Kejadian kebakaran kali ini melibatkan 2 orang terkorban iaitu Allahyarhamah Kamisah Mapiasah berumur 40 tahun dan Sadiah Jabar yang berumur 70 tahun. Dua mangsa perempuan tersebut ditemui rentung dalam kebakaran itu dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia. Mayat diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.


 

Operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 3.08 pagi. Terdahulu, operasi memadamkan api dilakukan seramai 18 anggota BBP Tawau ke lokasi yang terletak sejauh  4 kilometer dengan dibantu seramai 14 anggota Bomba Komuniti Sri Titingan.Operasi turut disertai oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), SESB, KKM dan RELA. 

Sumber : Bes Tawaufm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *