Sindiket Dadah Bernilai RM216,000 Tumpas Di Daerah Tawau

 

Dua lelaki warga tempatan yang berumur diantara 30 hingga 42 tahun berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Tawau bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah. Penahanan ini sekaligus telah merampas satu kotak gabus yang mengandungi enam bungkusan barangan yang tertulis “Ecological Rice”. 

Namun, setelah dibongkar, kotak gabus tersebut mengandungi dadah disyaki syabu seberat 6 kilogram yang dianggarkan bernilai RM216,000. Serbuan ini berlaku dikawasan Bandar Sri Indah ketika suspek sedang melakukan transaksi aktiviti penjualan dilokasi tersebut. 

Kesemua suspek dan barangan yang dirampas dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah  Berbahaya (ADB) 1952. Dengan berlakunya penangkapan ini, polis telah berjaya membongkar satu sindiket dadah di daerah ini dan memutuskan bekalan dadah untuk pasaran tempatan. 

Menurut ACP Jasmin Bin Hussin, Ketua Polis Daerah Tawau, “Pihak Polis Tawau akan terus komited memerangi najis dadah yang berlaku di daerah ini walaupun beberapa siri sindiket berjaya ditumpaskan sebelum ini”

Tambahnya lagi, “Kerjasama dari masyarakat banyak membantu polis dan saya berharap lebih ramai lagi yang tampil menyalurkan maklumat agar musuh utama ini berjaya dihapuskan sama sekali.”

Sumber : Facebook Page PDRM Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *