Pukulan Bandi Amuk Masih Berbisa Di Tawau

 

 

 

Untuk peminat Rock di Tawau, semestinya Ahad lepas menjadi salah satu memori yang tidak dapat dilupakan apabila penyanyi-penyanyi Rock tanah air hadir ke konsert Rock di Padang Bandaran Tawau. Dengan menampilkan artis-artis Rock terkenal seperti Bandi Amuk, Wan Lestari, Asheed Def Gab C, Zack Masa dan lain-lain memeriahkan Konsert Rock sempena Majlis Penutupan Dan Perasmian, Festival Silaturahim Kebudayaan dan Gabungan 1000 Rockers yang berlangsung pada Ahad lepas.

 

*Kredit Gambar : Lensa Burungantoo

Sambutan yang begitu hangat ditunjukkan oleh warga Tawau dengan konsert Rock yang diadakan terutama dengan kemunculan Bandi Amuk. Memang tidak keruan dibuatnya mendengarkan nyanyian daripada penyanyi Rock tersebut. Ternyata, Bandi Amuk masih berbisa dan mempunyai begitu ramai pengikut di Tawau, Sabah.

 

 

*Kredit Gambar : Lensa Burungantoo

 

Lebih kurang 3 ke 5 lagu yang dinyanyikan oleh Bandi Amuk, mengubati kerinduan para peminat terhadap lagu-lagu hits beliau. Festival kali ini mendapat sambutan daripada warga Tawau dengan  Lebih kurang 1000 orang dianggarkan hadir ke konsert tersebut. Sememangnya satu suasana yang dirindukan oleh warga Tawau setelah hampir 3 tahun tidak dapat melakukan aktiviti fizikal termasuklah mengunjungi konsert terbuka seperti yang berlangsung baru-baru ini.

 

 

*Kredit Gambar : Lensa Burungantoo

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak menganjur yang diketuai oleh Zack Masa dan para penaja yang menaja program ini sehinggalah berjaya dilangsungkan pada hari Ahad lepas. Memang semua layan dengan persembahan-persembahan yang dilakukan termasuklah persembahan kebudayaan daripada pelbagai etnik dan persembahan Rock daripada artis-artis jemputan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *