Cipta Peluang Pekerjaan Dan Naik Taraf Jalan Raya – KC Chen

Sempena dengan Pilihanraya ke-15, bagi Parlimen P190 Tawau, 6 calon bakal merentap merebut kerusi untuk menjadi wakil rakyat bagi daerah ini. Perebutan kerusi ini pastinya sengit dengan kehadiran muka-muka baharu dalam gelanggang politik di Tawau. Semestinya semua calon cuba untuk menawarkan tawaran terbaik kepada rakyat untuk memenangi hati mereka.

May be an image of 2 people and people standing

Begitu juga dengan calon daripada Parti Warisan Sabah iaitu KC Chen yang merupakan seorang peguam, beliau menitikberatkan soal pekerjaan, naik taraf jalan raya dan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini boleh dikatakan sebagai antara elemen penting di Tawau selain pembangunan infrastruktur dan mendapatkan gazet tanah perkampungan. Selain itu, beliau juga memegang erat prinsip perjuangan parti iaitu menuntut semula HAK MA63 untuk warga Sabah.

Walaubagaimanapun, beliau perlu bersaing sengit bersama pencabar terdekat iaitu Lo Su Fui dan Christina Liew serta calon-calon yang lain untuk mendapatkan kerusi Parlimen Tawau kali ini. Semua ini bergantung kepada pergerakan kempen pasukan beliau dan kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti dan prinsip perjuangan yang dipegang.

Mari bersama turun mengundi pada 19 November 2022 untuk menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Terutamanya penduduk di Tawau, Sabah, ajak rakan-rakan dan saudara mara yang telah layak mengundi untuk bersama menunaikan tanggungjawab ini. Semak tempat pengundian pada pautan berikut Semak SPR . Selamat mengundi !

Layari laman FB ini untuk maklumat lanjut calon ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *