Andi Muhammad Suryady calon GRS-BN Parlimen P191 Kalabakan

Semakin rancak dan panas arena politik Tawau sabah. Semalam Dato Seri Panglima Bung Moktar Radin ada mengeluarkan kenyataan mengenai perubahan calon bagi Parlimen P191 Kalabakan.  Melalui kenyataan ini, pastinya akan semakin merancakkan lagi pilihan raya 15 di Tawau.

Pada awalnya, sewaktu pengumuman calon PRU 15 GRS-BN yang berlangsung di Kota Kinabalu pada 2 November lalu, calon yang dikemukakan ialah Aslan Fadli Bin Samsul Alang bagi Parlimen P191 Kalabakan. Namun begitu, perubahan last minute telah pun dilakukan oleh kem GRS-BN dengan meletakkan YB Andi Muhammad Suryady sebagai calon untuk GRS-BN menggantikan saudara Aslan Fadli.

May be an image of 6 people

YB Andi Muhammad Suryady merupakan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) kawasan N.71 Tanjung Batu dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Belia dan Sukan dalam kabinet Sabah pada Oktober 2020. Pastinya akan memberikan saingan yang sengit kepada calon warisan yang merupakan penyandang kerusi Parlimen P 191 Kalabakan sebelum ini iaitu YB Mamun Sulaiman.

 

Menurut kenyataan rasmi Barisan Nasional, Barisan Nasional Sabah memutuskan untuk menamakan calon baharu P.191 Kalabakan disebabkan masalah teknikal.

No photo description available.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *