Pembaikan paip putus dijangka selesai malam ini

Masyarakat di sekitar Tawau sedikit terjejas disebabkan gangguan bekalan air yang berlaku.

Paip Putus

Bekalan air ini terjadi disebabkan oleh paip putus di lokasi berhadapan simpang Taman Ria Height.

Dijangka Selesai Awal Malam

Paip putus ini akan dibaiki segera oleh pihak Kontraktor Jabatan Air Negeri Sabah dan dijangka diselesaikan pada awal malam nanti.

Menurut perkongsian di laman media sosial Ahli Parlimen P191 Kalabakan, YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy, beliau telah turun dan melawat lokasi pada tengah hari bagi melihat kerosakan yang berlaku.

Kerosakan Disebabkan Mendapan Tanah

Menurut pihak Jabatan Air Negeri Sabah, kerosakan yang berlaku bukanlah disebabkan oleh kerja-kerja mengorek tanah untuk projek pembinaan Jalan Utara Baru.

Namun begitu, kerosakan yang berlaku adalah disebabkan mendapan tanah yang mengakibatkan paip terturun dari kedudukan asal dan patah.

Tiga Buah Genset Digunakan Untuk Kerja Kimpalan

Pihak kontraktor memberi jaminan akan berusaha menyelesaikan segera kerja-kerja pembaikan paip.

Paip ganti telah diterima dari Keningau awal pagi tadi.

Tiga buah genset akan digunakan bagi mempercepatkan kerja-kerja kimpalan.

Sumber: Fb Andi Suryady

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *