Tawau, 22 Ogos 2023 – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 yang telah menjelajah 26 kawasan di seluruh Sabah telah tiba di Tawau pada hari Sabtu yang lepas. Tawau merupakan kawasan yang ke-23 dalam senarai lokasi jelajah yang melibatkan 26 kawasan keseluruhan.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 18 Ogos 2023. Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran Program Kibarkan Jalur Gemilang.
YB Lo Su Fui dalam temuramah beliau bersama pemberita menyatakan bahawa sambutan masyarakat Tawau terhadap program ini amat meriah dan menggembirakan. Beliau juga yang merupakan Ahli Parlimen Tawau telah mengedarkan jalur gemilang kepada masyarakat di sekitar Tawau untuk meningkatkan semangat perpaduan dan patriotisme. Menurut beliau, lebih kurang 1000 bendera telah diedarkan kepada masyarakat sejak bulan Kemerdekaan ini.
Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, pula berkata bahawa sambutan program ini sangat memberangsangkan dan turut disambut baik oleh pihak agensi kerajaan dan sekolah. Beliau menambah bahawa program ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan dan menghargai jasa pejuang-pejuang negara. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Program KMJG 2023 melibatkan 66 anggota yang terdiri daripada agensi-agensi dibawah Kementerian Komunikasi dan Digital, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam dan lain-lain agensi. Konvoi ini telah memulakan perjalanan pada 6 Ogos 2023 dan telah berakhir pada 20 Ogos 2023 dengan jarak perjalanan sebanyak 2300 KM secara keseluruhan.
Tonton video Facebook Live disini :