Bantuan e-Tunai RM100 untuk B40 dan M40

Baru-baru Perdana Menteri ada mengumumkan bantuan kredit e-Tunai bernilai RM100 untuk semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.

Bantuan ini akan membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion yang akan dimanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa.

Bantuan Kredit e-Tunai RM100

Inisiatif bantuan kredit e-Tunai RM100 yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan baru-baru ini adalah untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Bantuan ini tidak diberikan secara cash, namun akan diberikan melalui kredit ewallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka.

Bantuan ini diumumkan ketika Majlis Pelucuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang dirasmikan di Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.

Syarat Kelayakan Bantuan

Buat masa ini syarat-syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Berpendapatan RM100,000 ke bawah

Syarat lain akan dimaklumkan kemudian daripada semasa ke semasa.

Jumlah Bantuan e-Wallet

Jumlah bantuan e-Wallet yang akan diterima oleh golongan B40 dan M40 sebanyak RM100.

Bantuan ini akan diberikan dalam bentuk kredit e-wallet.

Cara Mohon

Setakat ini tiada lagi pengumuman berkaitan bagaimana cara hendak memohon bantuan kredit e-Wallet RM100 ini.

Namun, berdasarkan kepada Bantuan e-Tunai Belia Rahmah sebelum ini, tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat adalah:

  1. Boost
  2. Setel dan
  3. Touch ‘n Go Wallet

Tarikh Bantuan RM100

Tarikh bantuan kredit e-Tunai RM100 akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *