Tawau – Belia Bangkit NGG telah mengadakan Mini Karnival Sempena Hari Malaysia untuk penduduk kampung pada 16 September lalu.

Karnival ini berlangsung daripada jam 9 pagi sehingga jam 2 petang.
Antara acara yang dipertandingkan domino lelaki dan perempuan dewasa, badminton, ping pong untuk remaja sekolah dan pertandingan mewarna.

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kategori.

Karnival ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturahim dan meluangkan masa bersama dengan penduduk kampung.
Baca Juga: Promosi 2 Snack Plate KFC

Mini karnival ini mendapat sambutan daripada warga kampung NGG terutamanya adik-adik, mak cik-mak cik dan penduduk kampung yang lain.

Syabas dan tahniah diucapkan atas penganjuran yang meriah ini.
Kredit: Fb Belia Bangkit NGG

