Tawau Berselawat Meriah Dengan Kehadiran Ustaz Somad

Program Tawau Berselawat telah berlangsung pada 2 sehingga 3 September 2023 di Tawau.

Penceramah terkenal Indonesia Prof Dr Ustaz Haji Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Somad diundang untuk memberikan ceramah.

tawau berselawat

Tawau Berselawat

Dengan tajuk “Junjungan Teladan Sepanjang Zaman”. Ustaz Somad memberikan ceramah di Masjid Al-Kauthar Tawau dan kuliah subuh di Masjid Raya Tawau.

tawau berselawat

Menurut perkongsian laman sosial facebook Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, sejarah tercipta di bumi Tawau dengan kehadiran 50 ribu orang untuk mendengar ceramah.

tawau berselawat

Orang Ramai Tidak Melepaskan Peluang Hadir

Masyrakat Tawau tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah daripada penceramah tersohor nusantara Prof Dr Ustaz Haji Abdul Somad.

Sama ada di dalam masjid mahupun di luar masjid, dipenuhi dengan orang ramai yang hadir untuk sama-sama mendengarkan ceramah.

tawau berselawat

Ada yang datang bersama dengan ibu bapa, keluarga, adik beradik dan kawan-kawan. Ternyata kehadiran Ustaz Somad di bumi Tawau mencetuskan fenomena!

Kuliah Subuh Ustaz Somad

Kuliah subuh Ustaz Somad pula berlangsung di Masjid Raya Tawau pada 3 September 2023.

Orang ramai pun tidak ketinggalan, turut sama hadir untuk mendengar ceramah.

tawau berselawat

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan orang ramai bersyukur dengan kehadiran Ustaz Somad yang datang dan berkongsi ilmu.

tawau berselawat

Terima kasih kepada penganjur yang bertungkus lumus untuk membawa Ustaz Somad ke Tawau.

Semoga majlis program Tawau Berselawat ini akan diteruskan lagi di masa-masa akan datang.

tawau berselawat

Sumber: Fb Ustaz Somad

 

One thought on “Tawau Berselawat Meriah Dengan Kehadiran Ustaz Somad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *