Rakan Kebun di Kampung Mambalua, Inisiatif Dedah Masyarakat Ilmu Tanaman

rakan kebun

Sebuah program Rakan Kebun telah diadakan di Kampung Mambalua pada hari Sabtu lepas, yang dihadiri oleh YB Nizam, ADUN Apas. Program ini bertujuan untuk mewujudkan Sahabat Komuniti Desa (SKOD) yang akan membantu penduduk kampung dalam bidang pertanian. Seramai 15 orang ahli telah pun menyertai program yang diwujudkan.

rakan kebun

Dalam sidang media selepas program, Datuk Nizam menyatakan bahawa program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Jabatan Kebajikan Malaysia yang telah memberikan sokongan dan bantuan kepada program ini.

BACA JUGA  : Dua Lelaki Warga Asing Ditahan Bersama Syabu

Beliau berkata, program Rakan Kebun ini akan memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai bercucuk tanam serta menambah pendapatan penduduk. Beliau berharap, program ini akan dapat memberi manfaat kepada penduduk Kampung Mambalua dan meningkatkan taraf hidup mereka.

rakan kebun

Selain itu, menurut salah seorang ahli SKOD, Encik Samsir, tanaman yang akan ditanam di sini adalah cili, yang akan memakan masa lebih kurang dua hingga tiga bulan untuk mendapatkan hasil. Sekarang ini, biji cili sedang disemai dan setelah itu akan dipindahkan ke beg plastik poli yang telah pun disediakan. Menurutnya, harga bagi 1 kilogram cili boleh mencecah RM40.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *