TAWAU – Peminat bola sepak tempatan bakal disajikan dengan aksi menarik apabila tiga pasukan bertemu dalam Perlawanan Persahabatan Tiga Penjuru, Pre-Season Tawau SAFA League 2026, Khamis ini.
Aksi yang dijadualkan berlangsung pada 21 Ogos 2026, jam 8 malam di Padang Utama, Kompleks Sukan Tawau itu membabitkan TMC Football Club, ABM-XRP dan Boca Xbalung.
Perlawanan berkenaan menjadi antara medan persiapan pasukan sebelum sepak mula Liga SAFA Tawau 2026, sekali gus memberi peluang kepada pemain menguji tahap kecergasan, keserasian serta kekuatan pasukan menjelang saingan sebenar.
Lebih menarik, TawauKini tampil menaja siaran langsung perlawanan tersebut menerusi platform Facebook dan YouTube TawauKini, membolehkan peminat bola sepak yang tidak dapat hadir ke stadium mengikuti aksi berkenaan secara langsung.
Kerjasama ini juga mencerminkan komitmen TawauKini dalam menyokong perkembangan sukan tempatan, khususnya bola sepak, dengan memberikan ruang kepada pasukan dan pemain tempatan untuk mendapat perhatian serta sokongan masyarakat yang lebih luas.
Dalam pada itu, Liga SAFA Tawau 2026 dijadualkan membuka tirai dengan Perlawanan Sumbangsih pada 5 September 2026, sebelum saingan peringkat kumpulan bermula pada 12 September 2026.
Pendaftaran pasukan tempatan juga telah dibuka di bawah seliaan Persatuan Bolasepak Tawau (SAFA Tawau).
Dengan saingan liga yang semakin hampir, aksi tiga penjuru Khamis ini pastinya menjadi peluang terbaik buat peminat melihat sendiri persiapan pasukan yang bakal mengharungi musim 2026.
Peminat bola sepak di Tawau turut digalakkan hadir ke Kompleks Sukan Tawau bagi memberikan sokongan dan memeriahkan lagi suasana perlawanan.
Bagi yang tidak berkesempatan hadir, saksikan siaran langsung di Facebook dan YouTube TawauKini.