KOLUM | Rakyat harus terus lantang dan kritikal terhadap pemerintah

kolum

KOLUM | Hari ini Mahkamah Tinggi menerusi YA Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) telah memutuskan bekas PM Dato Sri Najib bersalah atas kesalahan salahguna kuasa untuk mendapatkan RM2.3 Billion dan pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM4.3 billion.

Walaupun kita harus hormati hakikat bahawa keputusan ini secara perundangan akan melalui proses rayuan, namun di peringkat ini Mahkamah telah menjelaskan keputusan tersebut berasaskan bukti keterangan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

May be an image of text that says "KES NAJIB RAZAK: FAKTA KES SRC & 1MDB KES SRC (TERDAHULU) Dihukum Lagi? RM42 RM42JUTA JUTA Bersalah cuci duit haram & penyelewengan. KES 1MDB TERKINI) HUKUMAN ASAL Penjara 12 tahun & denda RM210 juta. RM2.3 BILION & RM4.3 BILION Salahguna kuasa & pengubahan wang haram. PENGAMPUNAN AGONG Tempoh penjara dikurangkan & titah adendum. DAPATAN MAHKAMAH: Hubungan Najib Jho Low tak dapat disangkal. •Cerita derma Arab Saudi adalah palsu. •Najib cukup pendidikan & pengalaman untuk tahu apa berlaku. Mengaku tidak ambil tindakan terhadap Jho Low ketika berkuasa. 00d HUKUMAN TAMBAHAN: 15 TAHUN PENJARA (setelah hukuman SRC berakhir). DIJANGKA KELUAR: 2043."

Skandal 1MDB adalah antara yang terbesar dalam sejarah. Skandal inilah yang menyebabkan parti dominan selama 60 tahun – UMNO / Barisan Nasional akhirnya tumbang dalam Pilihan Raya Umum 2018.

Bersih tidak terkecuali dalam menyemarakkan nyala rasa untuk rakyat bangkit menentang kemungkaran 1 MDB.

Dalam Himpunan Bersih 4 (2015) dan Bersih 5 (2016) sebelum ini fokus utama adalah memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Ketika itu gerakan besar ini bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan.

Bersih 5 (Foto thediplomat.com)
Bersih 5 (Foto thediplomat.com)

Memasuki tahun 2026, penggal kerajaan Madani hanya berbaki kurang dua tahun. Masih belum kelihatan usaha bersungguh kerajaan laksanakan reformasi utama khususnya menutup kelompongan sistemik yang terbukti rapuh dan gagal apabila berdepan skandal sebesar 1MDB.

Begitu juga di blok pembangkang yang gagal memperlihat peranan utama yang harus dimainkan mereka mendesak reformasi ini dapat dijalankan.

Saya yakin rakyat tidak lagi sanggup menyaksikan lahirnya 1MDB 2.0 atau kemunculan kleptokrat 2.0 di masa hadapan.

Kuasa untuk melaksanakan reformasi institusi terletak sepenuhnya di tangan kerajaan semasa, bukan di tangan kita bergelar rakyat.

Namun, peranan kita sebagai rakyat tidak pernah berakhir. Kita perlu untuk terus lantang, kritikal dan konsisten mengkritik serta memberi tekanan kepada sesiapa sahaja yang memerintah tanpa mengira ruang dan pentas, sama ada melalui dialog, forum, rapat umum, himpunan aman, mahupun demonstrasi jalanan.

Perjuangan adalah keberanian untuk bertindak.


MUHAMMAD FAISAL ABDUL AZIZ merupakan pengerusi Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) sejak Disember 2023.

Penafian : Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian TawauKini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *