Kompleks pendaratan ikan dicadang dibina di Sandakan dan Perak

kompleks pendaratan ikan

KUALA LUMPUR, 4 Februari 2026 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Nelayan (JPT-PPN) Bilangan 1 Tahun 2026 di Parlimen hari ini, melibatkan wakil kementerian, agensi kerajaan dan pemain industri perikanan.

Mesyuarat memutuskan penjenamaan semula JPT-PPN kepada Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pembangunan dan Pemerkasaan Industri Perikanan (JPT-PPIP) bagi memberi fokus lebih menyeluruh merangkumi perikanan tangkapan, perikanan darat dan akuakultur.

Antara agenda utama dibincangkan ialah hala tuju pembangunan industri tuna sebagai sumber kekayaan baharu negara serta cadangan pembinaan kompleks pendaratan ikan di Sandakan, Sabah dan Hutan Melintang, Perak bagi menyokong pertumbuhan industri perikanan.

Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan kelestarian sumber laut, kesejahteraan nelayan dan keterjaminan makanan negara melalui dasar menyeluruh, penyediaan fasiliti lengkap, penggunaan teknologi moden serta pembangunan kapasiti industri perikanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *