Banjir Lahad Datu: Bomba selamatkan Warga Emas dan OKU

banjir lahad datu

LAHAD DATU: Dua individu termasuk seorang lelaki warga emas dan seorang orang kurang upaya (OKU) berjaya diselamatkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam dua kejadian berasingan akibat banjir Lahad Datu, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, kejadian pertama melibatkan seorang lelaki warga emas yang terperangkap di kawasan banjir di Kampung Wawasan 2. Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.01 petang sebelum menggerakkan 10 anggota ke lokasi, kira-kira tiga kilometer dari balai.

Menurutnya, mangsa, Mohd Tahir Sappelani, 72, berjaya dikeluarkan dengan selamat menggunakan tali penyelamat sebelum diserahkan kepada pihak keluarga. Operasi menyelamat tersebut berjaya dikawal pada jam 5.30 petang dan ditamatkan sepenuhnya kira-kira 5.46 petang selepas keadaan disahkan selamat.

Dalam kejadian berasingan, Sumsoa berkata, seorang mangsa lumpuh turut berjaya dipindahkan ke tempat selamat selepas terperangkap di dalam rumah akibat banjir Lahad Datu di Kampung Indah Jaya. Panggilan kecemasan diterima pada jam 3.45 petang sebelum pasukan bomba tiba di lokasi lima minit kemudian.

“Komander Operasi menjalankan penilaian awal sebelum mangsa dipindahkan menggunakan pengusung ke rumah ahli keluarga di kawasan selamat,” katanya, sambil menambah mangsa diserahkan kepada keluarga dalam keadaan stabil dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.58 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *