SPRM puji Kerajaan Sabah ‘Ikrar Bebas Rasuah’

KOTA KINABALU, 25 Februari 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji komitmen positif Kerajaan Sabah dalam melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik.

May be an image of the Oval Office and text

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengetuai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang melibatkan Ahli Jemaah Menteri Negeri di Bilik Mesyuarat Jemaah Menteri, Menara Kinabalu, hari ini.

Sejurus selesai melafazkan ikrar, Hajiji bersama Ahli Jemaah Menteri menandatangani dokumen IBR yang disaksikan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.

May be an image of text

Mohd Fuad berkata, pelaksanaan program IBR bersama Kabinet Negeri Sabah itu merupakan komitmen amat positif daripada kerajaan negeri dalam usaha memperkukuh integriti dan tadbir urus yang baik.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan akan terus diperluaskan ke kementerian serta agensi di bawah kerajaan negeri bagi memastikan usaha pencegahan rasuah dilaksanakan secara menyeluruh.

May be an image of dais

“Pelaksanaan program ini sekali gus memperlihatkan keberkesanan serta kesungguhan inisiatif yang dirancang supaya amalan rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan dapat dicegah secara lebih berkesan,” katanya.

Mohd Fuad turut berharap lebih banyak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pihak swasta, akan tampil menyertai program IBR.

#TawauKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *