KUALA LUMPUR – Bukan sekadar tentang resipi, perniagaan atau kejayaan membina jenama sendiri, Khairul Aming (KA) turut sering berkongsi pandangan mengenai kehidupan, kerjaya, kewangan dan cara seseorang membuat keputusan.
Perkara itu mendapat perhatian selepas pengguna Threads @withfetih berkongsi himpunan 100 nasihat KA yang didengarinya, merangkumi pelbagai aspek kehidupan daripada cara mengurus kegagalan, mengawal fikiran dan membina kerjaya hinggalah kepada pengurusan wang, perniagaan serta menjaga ketenangan diri.

Threads: @withfetih
Menerusi perkongsian tersebut, @withfetih berkata dia sempat mengumpulkan 100 nasihat berkenaan selepas mendengar KA berkongsi pandangan selama hampir tiga jam mengenai pelbagai perkara termasuk perniagaan, kewangan, pekerja, pelanggan dan kerjaya.
Berdasarkan himpunan itu, antara perkara yang ditekankan KA ialah supaya seseorang tidak terlalu takut membuat keputusan sendiri kerana setiap keputusan, termasuk yang salah, tetap memberi pengalaman.
Dalam soal kegagalan pula, KA mengingatkan bahawa terlalu banyak berfikir sering datang daripada kurangnya pengalaman. Semakin banyak seseorang mencuba, semakin banyak perkara yang pada awalnya menakutkan akan menjadi biasa.
Daripada perkongsian tersebut, TawauKini menyusun semula 100 nasihat berkenaan mengikut 15 tema utama supaya lebih mudah dibaca, merangkumi aspek mindset dan membuat keputusan, kegagalan, kerjaya, pendidikan, kewangan, perniagaan, pasukan, masa, pelanggan serta personal branding.
Berikut merupakan 100 nasihat Khairul Aming yang dirangkum dan disusun semula berdasarkan perkongsian @withfetih:
1. MINDSET & DECISION MAKING
- “You are an adult. Own your own decision.”
- Jangan tunggu orang lain decide hidup kita.
- Kalau keputusan kita salah, belajar. Jangan cari orang untuk dipersalahkan.
- Belajar buat keputusan daripada benda kecil.
- Salah pilih pun tak apa. Itu cara kita kumpul pengalaman.
- Bakat boleh diasah.
- Minat pula boleh datang dan pergi.
- Jadi jangan tunggu minat. Tentukan goal dulu.
- Tak semua benda kena pilih salah satu. Kadang-kadang buat dua-dua.
- Bila dah tahu apa yang kita nak capai, skill dan minat akan ikut sama.
2. OVERTHINKING & FAILURE
- “Overthinking terhasil daripada pengalaman yang kurang.”
- Lagi banyak kita buat, lagi kurang benda untuk kita takutkan.
- Kita overthink sebab terlalu banyak fikir daripada mencuba.
- Pengalaman buat benda yang dulu menakutkan jadi biasa.
- Nak kurangkan overthinking? Tambah pengalaman.
- Kegagalan memang sebahagian daripada proses.
- Bila dah banyak kali gagal, masalah tak lagi nampak seperti kiamat.
- Jangan takut orang nampak kita gagal. Orang tak fikir pasal kita selama itu.
- Orang kecam seminit, lepas tu dia scroll.
- “No one cares about you as much as you think.”
3. CAREER & FRESH GRAD
- Baru kerja, hati-hati dengan keputusan kewangan jangka panjang.
- Jangan terus anggap kerja pertama ialah tempat kita akan pencen.
- 10 tahun awal bekerja memang boleh berubah banyak kali.
- Kita mungkin tukar syarikat, industri atau negeri.
- Jangan ikat hidup terlalu awal dengan komitmen yang kita belum pasti mampu bayar.
- Kalau dah dapat 30 interview, resume mungkin bukan masalahnya.
- Kalau 30 interview masih tak lepas, semak cara kita jawab.
- Minta orang yang berpengalaman buat mock interview dengan kita.
- Kadang masalah bukan jawapan, tapi cara dan tone kita bercakap.
- Kalau belum dapat kerja tetap, start somewhere dulu. Jangan rasa gagal.
4. EDUCATION & SKILLS
- Jangan ambil Master semata-mata untuk delay masuk dunia kerja.
- Kena fikir kenapa kita perlukan sijil itu.
- Ada industri pandang education. Ada industri lebih pandang experience.
- Master tak automatik jadikan kita lebih mahir dalam semua pekerjaan.
- Pilih bahan belajar yang align dengan kerja yang kita nak.
- Tak ada ilmu yang sia-sia.
- Tapi ilmu kena tahu nak digunakan dekat mana.
- Kalau dapat biasiswa atau bantuan belajar, jangan take it for granted.
- Belajar betul-betul sebab itu satu amanah.
- Nak jadi influencer sekalipun, ilmu tetap penting untuk meeting, present, idea dan deal dengan orang.
5. MONEY & FINANCIAL
- Jangan letak mindset jadi jutawan akan selesaikan semua masalah.
- “Zaman sekarang, it’s all about sustainability.”
- Ada orang jutawan tapi duit habis.
- Ada orang tak bergelar jutawan tapi cash flow sihat bertahun-tahun.
- Financial knowledge lebih penting daripada sekadar nampak kaya.
- Income naik tak bermaksud kita makin kaya kalau expenses naik sekali.
- Masa duit masih sedikit, utamakan tempat yang kita faham dan selesa dulu.
- Tak ada satu investment yang sesuai untuk semua orang.
- Tengok matlamat, tempoh dan risiko sebelum letak duit.
- Jangan invest sesuatu hanya sebab orang lain kata benda tu bagus.
6. BUSINESS & MODAL
- Kalau first time berniaga, KA tak galakkan terus buat loan besar.
- Sebab masa tu kita sendiri belum tahu sales boleh masuk berapa.
- Cash flow pun belum pernah urus.
- Kalau boleh mula kecil, mula kecil dulu.
- Bila business dah jalan dan kita dah nampak cara duit masuk keluar, masa tu lain cerita kalau nak tambah modal.
7. FUNDER & EQUITY
- Ada orang offer modal tak bermaksud kita kena terus ambil.
- Lagi-lagi kalau sebagai tukaran, share company kita kena bagi banyak.
- Mula-mula mungkin rasa tak apa. Bila business dah besar nanti baru rasa sayang.
- KA pesan, kalau masih boleh gerak sendiri, cuba pegang share kita dulu.
- Jangan sampai kita yang penat build, tapi akhirnya rasa company tu macam bukan kita punya.
8. TEAM & DELEGATION
- Jangan semua benda buat sendiri semata-mata sebab nak jimat.
- Kalau jual sambal, takkan kita nak tanam cili, cari botol, print postcard sampai packing pun sendiri.
- Ada benda memang kena bayar orang buat.
- Kalau semua benda owner pegang, kepala dah penuh dengan kerja kecil.
- Sampai tak ada masa nak fikir business ni nak pergi mana lepas ni.
9. STAFF & PERFORMANCE
- Staff diberi kerja, kena jelas apa yang dia kena siapkan.
- Kalau tak buat, tengok dulu apa masalahnya.
- Berkali-kali tak perform, ikut proses yang betul.
- Warning letter pun ada fungsi dia. Bukan semua benda kena pendam sampai owner sendiri stres.
- Kalau tak tahu hak majikan dan pekerja, KA sendiri banyak rujuk Jabatan Buruh.
10. PEACE OF MIND
- Tak semua peluang kena ambil walaupun duitnya besar.
- KA sendiri kata dia lebih banyak cakap NO daripada YES.
- Sebab ada projek yang bayar banyak, tapi kepala kita tak tenang bertahun-tahun.
- Dia tak kejar growth sampai sanggup hilang tidur.
- Kalau buka lagi 10 benda buat hidup makin serabut, dia rasa tak buat.
11. MASA & FOKUS
- KA memang suka jadual dia kosong.
- Bukan sebab tak ada benda nak dibuat. Dia nak ada masa untuk fikir.
- Kalau seminggu penuh event sampai tak sempat fikir pasal kerja dan hala tuju sendiri, dia tak suka.
- Rupanya masa kosong pun sebahagian daripada kerja.
- Sebab idea besar susah nak keluar kalau kepala kita sepanjang hari sibuk mengejar benda lain.
12. CUSTOMER & FEEDBACK
- Orang komen negatif tak semestinya dia benci.
- Kalau customer kata makanan kurang, lambat atau tak sedap, check dulu.
- Jangan setiap kali orang complain terus jawab, “masih bukan target market saya.”
- Kadang benda sama disebut berkali-kali, mesti ada sesuatu yang kita kena tengok.
- Sebab customer yang complain hari ni pun kita nak dia datang beli lagi.
13. CUSTOMER TAKKAN SAMA
- Dalam dunia makanan, memang mustahil nak buat satu menu yang semua orang suka.
- Orang ni suka tak pedas, orang sebelah pula suka pedas.
- Jadi tak semua komen kena terus kita ikut.
- Penting untuk faham benda yang memang perlu diperbaiki.
- Kalau majoriti dah suka, takkan setiap seorang kita ikut komen.
14. CONTENT & PERSONAL BRANDING
- KA kata sekarang ada job content creator bukan semata-mata benda biasa.
- Hari ni orang kenal kita sebab satu topik. Esok topik itu mungkin orang dah bosan.
- Sebab tu yang kena berkembang sebenarnya dari kita.
- Ada peak, buat semula, kemudian ceritakan perjalanan itu.
- Personal branding pun bukan benda yang boleh repeat sampai bila-bila.
15. NAK BERTAHAN LAMA
- KA dah hampir 10 tahun buat content. Bagi dia, benda ni memang kena buat kerja betul-betul.
- Cara bercakap, ilmu, result dan prinsip semua kena jaga.
- Viral sekali mungkin boleh jadi rezeki. Nak ulang masih pada 10 tahun kemudian tu lain.
- Cuba berjaya satu benda, jangan ulang cerita kejayaan sama berulang tahun. Cari benda baru.
- “Kurangkan sembang. Banyakkan capai result.”
Mana yang rasanya baik dan sesuai boleh diambil sebagai motivasi dan pengajaran. Tidak perlu terlalu sibuk membuktikan sesuatu kepada orang lain, sebaliknya terus belajar, buat, ulang, perbaiki dan biarkan hasil bercakap untuk diri sendiri.