Perempuan tinggalkan BF demi RM20,000, memang patut pun lelaki tu ditinggal sebab ANIAYA perempuan

Baru-baru ini, sebuah video seorang gadis dikatakan “curang” dengan teman lelakinya selepas ditawarkan RM20,000 tular di media sosial. Menerusi laman Twitter milik @peanutanisa berkongsi rakaman video yang dimuat naik oleh Bros Gang TV di Youtube. Akhirnya, gadis terbabit lebih memilih wang ringgit dan bersetuju untuk menjadi kekasih kepada salah seorang anggota Bros Gang.




Walaupun ramai yang lakukan kecaman terhadap perempuan ini, tapi kami nak bawak satu pandangan yang mungkin sedikit berbeza dengan sesetengah orang. Kami kesian jugak dengan perempuan tu, sebab dikatakan dia kemurungan sejak video tu viral. Yalah bha, siapa yang ndak malu kalau dia terkenal sebagai perempuan yang mata duitan kan? Mesti lepas ni kawan-kawannya akan mula ketawak dengan dia, mana lagi keluarganya yan malu. Kesian bha.

Cuba kita fikir baik-baik sebelum kita kecam perempuan tu, kalau kita ditempat perempuan tu masa dia ditawarkan RM20,000 untuk tinggalkan kekasih (kekasih ya, belum kahwin atau ada anak sama-sama), kamu yakinkah kita akan setia dengan pasangan? Cakap atau kecam memanglah senang, sebab kita belum berada di tempat orang yang ditawarkan duit tu. Kami pun ndak taw lah macam mana situasinya kalau berada di tempat perempuan tu.


Ini belum cerita lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dengan Covid-19 yang sudah sebabkan ramai orang hilang kerja, weynah, memang susah bha maw tolak duit yang datang buta-buta begitu. Cuba bayangkan dirimu, ndak da kerja, bambong, lepas ada lagi keluargamu yang harapkan kau untuk cari duit tolong dorang, fikir senang-senangkah mahu tolak duit sebanyak RM20,000??

Yang boyfriend perempuan ni pun bodok, memang patut pun kalau dia kena tinggal dengan apabila gfnya kena tawarkan RM20,000, sebab dia memang lelaki yang bodok. Kalau betul mahu uji kesetiaan perempuan tu, bukan dengan cara buat prank macam ini. Perempuan tu malu, kau pun malu. Lepas tu, perhubungan yang dibina pun hancur. Cakap saja, lelaki tu mahu popular dapat view juta-juta sampai sanggup buat macam tu dengan perempuan tu.


Nasihat kami, jangalah disebabkan mahu jadi popular, semua benda yang ndak patut pun sanggup dibuat. Kalau tak pasti dengan pasangan, solatlah istikharah, mintak petunjuk dengan tuhan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *