Mahasiswa Dari Tawau di KL Ini Kongsi Dua Cara Mudah Pulang ke Sabah Waktu PKPP


Oleh : Zar Z

Sejak PKP yang dilaksanakan Mac lepas, sudah tentu ramai anak Sabahan yang ‘terkandas’ di semenanjung Malaysia. Ada bekerja di sana dan ada juga yang belajar. Tidak kurang video2 salam perantauan dari mereka yang pertama kalinya berjaya jauh dari keluarga.

Jadi, sudah tentu peluang untuk balik pada Hari Raya Haji ini tidak dilepaskan. Admin dengar harga tiket kapal terbang bukan kaleng-kaleng. Tapi, sebab lama tidak makan mee tauhu dan melepaskan rindu dengan keluarga tercinta, tiket di website penerbangan banyak yang sudah sold out.

Baru-baru ini admin berkesempatan untuk balik dari KUL-TWU.

Awalnya admin rasa sedikit paranoid dan takut. Tapi usah risau ada lah beberapa prosedur dan SOP. Di sini admin kongsikan cara-caranya.


CARA-CARA MUDAH PROSEDUR PULANG KE SABAH


1) Datang 2-3 jam awal untuk drop bag

Macam penerbangan biasa kalau ada yang mahu drop bagasi, di galakkan untuk datang awal. Masa admin datang tidak ramai orang pun, cuma untuk keselamatan dan mengelak dari kelam kabut baik datang awal.

2) Isi borang (online atau offline)

Okay, ketika masuk departure gate, Aviation Police akan buat cek seperti biasa. Di KLIA, di pintu masuk ada di pasang pengesan suhu.

Setibanya di pintu masing-masing, para penumpang akan di minta berbaris untuk mengesan suhu semula. Setelah itu akan diberikan dua jenis borang, iaitu
1) Borang Pengisytiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sabah

2) Borang Penilaian Risiko Penularan Jangkitan Covid-19

Para ground staff akan meminta penumpang untuk mengisi borang dan menghantar borang setibanya di Lapangan Terbang nanti.

Selain mengisi borang manual, para penumpang juga boleh mengisi borang tersebut melalui QR code yang boleh dijumpa di pintu ketibaan.

Masa admin sampai Airport Tawau, petugas kesihatan akan meminta borang berkenaan. Para penumpang juga akan diberikan Nombor Rujukan Penilaian Risiko (RA). Jika ada sebarang kes berlaku, pihak berkuasa akan menghubungi penumpang yang terlibat.

Senang saja kan. Jadi jangan risau dan takut, cuma dalam masa kita begembira balik tu jangan lupa jaga penjarakan sosial dan selalu basuh tangan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *