Ada orang kata alat pengimbas suhu boleh datangkan kanser? Ini jawapan pakar perubatan



Penggunaan alat pengimbas suhu inframerah tidak memudaratkan manusia kerana kadar panjang gelombang sinaran cahayanya yang sangat rendah.
Pakar Pediatrik, Dr Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi berkata, inframerah yang digunakan pada pengimbas suhu tidak merbahaya dan direka khusus selamat untuk badan manusia.


“Apabila kita sebut inframerah, memang kita kena imbas alat itu pada permukaan paling besar iaitu untuk badan manusia di dahi atau dada bahagian paling sesuai dan stabil.

“Tetapi alat pengimbas suhu itu tidak merbahaya dan tiada kena mengena (memudaratkan tubuh badan) kerana panjang gelombang inframerah berkadar rendah berbanding ultrasound atau cahaya normal yang mengandungi sinaran UV berbahaya,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas dakwaan yang tular berhubung alat pengimbas suhu badan digital boleh memberi kesan terutama kepada otak.
Dr Mohd Zaqrul menjelaskan, imbasan menggunakan alat itu untuk jangka masa lama dan pada bahagian badan lembut saja akan memberikan kesan negatif dan masalah kepada kesihatan.
“Inframerah ini hanya akan merosakkan tempat lembut seperti mata dan kulit jika diimbas terlalu lama. Ia sama konsep seperti jika kita meletakkan kanta di bawah cahaya matahari dan menghalakannya kepada kertas, lama kelamaan ia akan terbakar.
“Malah, sinaran inframerah ini tidak cukup kuat melepasi ke bahagian otak atau kulit kerana pendedahannya ke atas kulit kita (ketika imbasan) tidak lama cuma beberapa saat saja,” katanya.
Justeru, katanya, masyarakat dinasihat tidak mudah terpedaya dengan dakwaan alat pengimbas suhu berkenaan boleh mendatangkan kesan mudarat terutama kepada bahagian otak.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *