COVID19 – Tawau Kembali Zon Hijau, Namun Berita Kurang Baik Pula di Sandakan

TAWAU; 08 OGOS 2020 (Sabtu) – Tiga kes sembuh COVID-19 direkodkan semalam masing-masing di Tawau, Tuaran dan Kota Belud yang sekali gus menjadikan kumulatif kes sembuh di Sabah adalah seramai 382 orang.

Berdasarkan infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Dan Kesejahteraan Rakyat negeri ini, tiga kes sembuh yang direkodkan di ketiga-tiga daerah itu kini kembali ke zon hijau selepas tiada lagi kes aktif baharu direkodkan di daerah terbabit.

Semalam, empat kes baharu covid-19 dilaporkan di Sandakan yang menjadikan jumlah keseluruhan kumulatif kes di Sabah adalah sebanyak 410 kes.

Daripada jumlah itu, 20 kes aktif di negeri ini masih mendapatkan rawatan di hospital berpakar seluruh Sabah.

Untuk rekod, lapan kes kematian akibat covid-19 dilaporkan setakat ini iaitu 4 di Kota Kinabalu dan satu masing-masing di Tawau, Penampang, Keningau dan Tambunan.


Sumber : BES Tawaufm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *