[Sedih] Ini tulisan terakhir suami mangsa kemalangan Merotai untuk arwah isteri



Alhamdulillah dapat memandikan, mengkafankan, menjadi imam solat, membaca talkin sbg penghormatan terakhir suami kepada isteri. Aku berasa cukup puas hati diberikan peluang ni.



Ini sesi menyarung cincin. Time ni bergetar tangannya, then tiba² dia tarik tangannya. 😅 Time ni pun jantungku berdegup 100 times per second

Terima kasih semua yang membantu dan mendoakan. Hanya Allah shj mampu membalas jasa² dan doa² kalian. Aku berdoa agar Allah mempermudahkan urusan dan merahmati kita semua.
Ujian Allah adalah indicator sayang kepada hambaNya. Dua kali aku ditimpa sebegini, sehingga aku rasa aku makin kuat. Pertama kali, arwah adik meninggal dunia dan ketika tu aku di melaka, sehari sebelum adik meninggal dunia barang peribadi, laptop dan berkaitan final year projek telah dirompak pecah masuk rumah. Kali kedua baru sahaja sampai dan berada di terengganu telah mendapat khabar isteri meninggal dunia walhal baru beberapa ketika isteri wsp.



Teringatku. Ni sesi memasangkan gelang emas pernikahan. Selalu dia bg hint pasal gelang emas. Jadi takpa, aku belikan dia gelang emas.


Alhamdulillah. Sebelum tu mari kita ingat, bahawa mati tu benar. Setiap yg bernyawa pasti mati. Allah menciptakan hidup dan mati utk melihat apa amalan terbaik. Diciptakan manusia dan jin supaya beribadah tunduk kpdNya. Selesai mengurus jenazah isteri semalam. Pagi ni datang menziarahi sekali lagi. Aku berasa puas hati kerana diberi peluang untuk memandikan, mengkafankan, menjadi imam solat jenazah dan membaca talkin. Seperti biasa juga yg aku lakukan dgn keluarga terdekat.



Sumber kekuatan ku dlm menghadapi 2 keadaan berita meninggal dunia(mengejut) – arwah adik dan arwah isteri adalah ayat Quran surah al baqarah ayat 153-157. Terutama ayat ni “156. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” kemudian aku ingatkan diri ku, bahawa makhluk ni kepunyaan Allah. Barulah lapang sikit dada.

Aku cuba sentiasa ingat perkataan²nya seperti “abg, syg bahagia sgt”, “bestnya bila sudah bernikah ni”, “tidak mahu lepas tangan abg”, “biarlah org tengok kita pegang tangan, dorg nampak juga tu inai sayang”, “(tengok wajah ku sambil sebut ya Allah suami ku(berkali-kali))”, “biarlah syg tengok muka abg, last suda syg tgk ni”, “syg betul² cintakan abg”, “bersyukurnya ada suda imam ku(solat berjemaah dlm bilik) dll setiap hari gembira. Dia bersyukur dapat suami boleh tolong dia basuh pinggan, baju, memasak dll. Sebenarnya aku membantu sekadar mampu, bukan memanjakannya. Sbb sudah terbiasa dididik oleh ibubapa ku sendiri.




Selesai membaca talkin. Sebelum tu, aku tanya ustaz, takpa ke saya tidak baca doa yg biasa ustaz baca? Jawapan ustaz. Doa yg ikhlas drpd suami itu lebih baik dan bermakna. Aku yakin, bila kita membaca talkin, arwah mendengar sbg mana ada dalil² yg menerangkannya(yg pernah saya diterangkan oleh para ustaz). Moga isteri dpt mendengar sendiri drpd suaminya

Aku bersyukur kerana diberi peluang bersamanya. Ya tepat pilihanku untuk jadikan dia isteri ku. Terima kasih kepada ibu mentua dan bapa mentua, kakak² ipar dll kerana mendidik dia dengan baik. Walau kami berbeza kampus dahulu, sebenarnya kami dalam fikrah yg sama. Kami ditarbiyyah oleh PAS. Dengan tarbiyyah ni, menjadikan aku dan dia untuk menjadi lebih bertanggungjawab.



Pagi tadi menziarahi kubur. Alhamdulillah semua dlm keadaan baik. Sempat membaca Quran dan berdoa kpd Allah. Seperti biasa aku buat dgn keluarga terdekat ku

Dayana Damsah
4/9/1993 – 5/8/2020
Terima kasih kerana setia menunggu. Sehingga hujung nyawa mencintaiku. In shaa Allah akan ku balas. Semoga Allah memasukkan ke dlm syurga, dan dapat bertemu arwah bapa (Ayub Jalaidi) dan arwah adik bongsu (Ashiraf Ayub).

Sumber: Nurhan Ayub ( Suami Allayarhamah Dayana Damsah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *