PKPD Di Felda Umas Tawau Bermula 12 tengah malam ini ~ 13 Oktober Sehingga 26 Oktober 2020

Melalui Sidang media perkembangan PKPP hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Felda Umas Tawau.  PKPD ini akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini 13 Oktober sehinggalah 26 Oktober 2020. 

Menurut Dato Ismail Sabri, PKPD ini akan melibatkan 800 buah rumah dan penduduk seramai 17549 orang. Semua penduduk diminta agar terus tenang dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. 
Selain itu, KKM juga dikatakan akan melakukan saringan covid19 secara bersasar di Felda Umas. 
Pihak keselamatan seperti PDRM. ATM, APM, RELA dan pihak berkuasa tempatan juga akan mengawal seluruh kawasan yang terlibat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *