[Krisis Politik Sabah] – Mohd Shafie dijangka akan buat sidang media pada pukul 10 pagi ini


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijadual melakukan sidang media jam 10 pagi ini, bertempat di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) berhubung kemelut politik yang berlaku secara mengejut sejak semalam.


Sidang media itu dipercayai berhubung susulan kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk gabungan baharu.


Semalam, tinjauan BH mendapati beberapa wakil rakyat serta penyokong dilihat berkumpul di Rumah Yayasan Sabah, kediaman rasmi Shafie bagi menyatakan sokongan sejurus selepas sidang media Musa di kediamannya di Taman Fook Tin, semalam.


Dalam pada itu, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew semalam dilaporkan berkata, kerajaan negeri Sabah kekal utuh dan Shafie masih seorang Ketua Menteri serta mempunyai sokongan untuk memerintah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *