5 Aktiviti Santuy Penduduk Tawau Sepanjang PKPB




oleh: Nasra

Tidak dinafikan kehadiran covid 19 sedikit sebanyak menyekat aktiviti seharian penduduk dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain. 


Penduduk perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan dan norma baru yang perlu dipatuhi demi kesejahteraan bersama. 

Mari kita saksikan aktiviti utama yang dilakukan oleh penduduk Tawau sepanjang kawalan pergerakan dikuatkuasakan. 



1. MENJUAL MAKANAN 

Sejak kawalan pergerakan mula dilaksanakan, ramai penduduk mengambil langkah untuk menambah pendapatan keluarga dan menampung perbelanjaan seharian dengan melakukan jualan dari rumah secara atas talian terutamanya barangan keperluan seperti makanan. Ramai juga yang baru berjinak-jinak untuk cuba berniaga. Pokoknya kalau makanan memang laris manis! 





2. KARAOKE 

Apalagi bila semua tempat yang biasa dikunjungi untuk melontarkan suara semua terpaksa ditutup, maka ramai yang berhibur sendiri bersama-sama keluarga dengan aktiviti berkaraoke. Bosan-bosan terhibur juga lah kalau dengar orang berkaraoke. Tambahan pula, aktiviiti sebegini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Cuma pastikan kita sentiasa peka dan menjaga sensitiviti serta privasi jiran-jiran. 




3. BELI – BELAH ATAS TALIAN 

Walaupun keadaan ekonomi dan kewangan diakui agak mencabar untuk suasana sekarang, namun begitu orang Tawau masih kekal tenang dengan mengisi masa lapang membeli belah atas talian. Shoppee, Lazada, semualah. Buktinya, cuba kamu pergi poslaju atau ABX atau GDEX, nah punya ramai yang beratur untuk mengambil barang. Yang penting, sila jaga jarak, pakai topeng muka dan patuhi SOP yang ditentukan okay! 

4. JADI CIKGU ANAK-ANAK 

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah terutamanya, rutin harian mereka berubah 180 darjah. Anak-anak menghabiskan masa di rumah dan mengikuti pembelajaran atas talian. Maka, bertukarlah ibu bapa menjadi cikgu buat anak-anak mereka. Antara perkara yang melucukan adalah apabila soalan kerja sekolah anak, ibu bapa pun terkial-kial mencari jawapan. Al maklumlah sudah lama tinggalkan sekolah. Apapun, kepada ibubapa jangan jemu memberi tunjuk ajar. Kalau tidak tahu, google kan ada! 

5. MAKAN! 

Bosan-bosan dirumah memang makan sahaja lah jawabnya. Lagi-lagi ada COD. Kejap-kejap ada sahaja yang di COD. Kalau yang kerja dari rumah lagilah. Makan lagi banyak dari kerja yang dibuatnya. Ops. Yang jarang-jarang masuk dapur pun sudah mula beraksi dengan mencuba macam-macam resepi baru. Bagi yang tidak pandai memasak, inilah masa untuk menggilap bakat anda. Makan-makan juga, jangan lupa jaga kesihatan dan bersenam dalam rumah. Jaga kesihatan diri selalu dan berpada-padalah dalam membelanjakan wang untuk makanan yang terletak dalam kategori kemahuan bukan keperluan. 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *