Niat Untuk Membeli Sekalinya Diceramah Oleh Anak Muda Penjual Burger Taman Semarak

Sumber: Facebook Mr. Bie

Mr Bie Ditazkirah Oleh Anak Muda Penjual Burger
Pada awalnya, niat seorang Youtuber Tawau, Vitaminbae atau lebih dikenali sebagai Mr. Bie hanya ingin membantu dan menyokong perniagaan anak muda yang menjual burger di tepi jalan. Namun tidak sangka, sewaktu membeli Mr. Bie ditazkirah sekali ! 
Kenapa Anak Muda Ini Berniaga?
Melalui perkongsian di Facebook Mr. Bie atau nama sebenar Hasbi Haji Muh Ali: 
“Siapa masuk simpang Semarak tepi flat mesti lalu gerai burger anak muda ni. Geng, aku terus terang, sedap burger dorang ni geng. Paling menarik bila aku tanya, napa pilih berniaga, apa anak muda ni jawab? 

” ..sedap meniaga bang..ikut sunnah Nabi” 

Fuh, jawapan ni sudah cukup untuk aku minta kawan-kawan semua support usaha anak-anak muda ni cari rezeki halal.”

                                                        
                                

Mr. Bie telah memuatnaik satu video di youtube (klik sini) sewaktu beliau membeli burger tersebut dan apa yang menarik di dalam video itu penjual burger tersebut menyampaikan sedikit nasihat untuk kita praktikkan, khususnya dalam berniaga. 

Pengisian Tazkirah Anak Muda Taman Semarak
  1.  Kerja biar ikhlas.

  2. Bisnes adalah sunnah Nabi S.A.W
    Berniaga adalah sunnah dan apabila kita megiikut sunnah Nabi S.A. W, kita juga akan mendapat pahala 


  3. Jadilah kaya.
    Kita harus berusaha menjadi kaya. Pemuda ini selitkan berusaha menjadi kaya bukan untuk dibawa mati, tapi kekayaan tersebut untuk membuat kerja amal dan sekaligus mendapat pahala. 
                                               

Bekas Pelajar Smk Kuhara Tawau 

Menurut Mr. Bie, penjual burger tersebut adalah salah seorang bekas pelajarnya di SMK Kuhara, Tawau dan beliau amat kagum dengan semangatnya menjual burger untuk mencari rezeki halal.

Bah apa lagi gais, bagi kamu orang Taman Semarak atau orang Tawau, nah ayok support singgah dan beli burger dari anak muda kita ni. Support perniagaan anak muda kita! Semoga sukses selalu anak muda. Amin.





Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *