“Cita-Cita mendirikan Masjid selama 6 tahun tercapai” ~ Allahyarham Tuan Ahmad Daing Mapata

 

                                                                        

Masjid Bandar Tawau (Lama) yang terletak di pusat Bandar Tawau memang tidak asing lagi bagi penduduk di sini, namun ada yang tahu sejarah masjid tersebut?


Kami di Tawaukini ingin berkongsi kepada anda tentang seejarah Masjid Bandar Tawau.


Dibina oleh Allahyarham Tuan Ahmad Daing Mapata pada tahun 1962

Masjid Bandar yang dulu dikenali sebagai Masjid Waqaff Ahmad Daing Mapata telah dibangun pada tahun 1962 oleh Allahyarham Ahmad Daing Mapata dan mengambil masa selama setahun untuk disiapkan. Masjid tersebut didirikan di kawasan tanah kepunyaan Tuan Ahmad Daing Mapata yang luasnya lebih kurang dua ekar.

Memuatkan seramai 500 orang Jemaah dan lebih 

Masjid tersebut secara rasmi telah dibuka pada pada 10 Zulhijjah 1382 bersamaan 4 Mei 1963 pada sembayang Hari Raya Haji tahun itu. Masjid ini boleh memuatkan seramai 500 orang Jemaah dan lebih dari itu.


Ralat: Tawau terletak di Sabah bukannya di Sarawak seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Singapura di dalam keratan akbar ini

Cita-cita selama 6 tahun untuk mendirikan masjid tercapai

Mengambil petikan yang diberitakan di surat khabar Berita Harian (Singapura), Tuan Ahmad Daing Mapata ada menyatakan impiannya yang mana cita-citanya adalah untuk mendirikan sebuah rumah ibadah (masjid);

Tidak ada orang yang paling gembira hari ini sa-lain dari Tuan Ahmad Daing Mapata, sa-orang orang kaya di-bandar Tawau.

Kegembiraan tersebut terjalin bila chita-chita selama enam tahun terchapai. Apakah chita-chita Tuan Ahmad Daing Mapata? Chita-chitanya ialah hendak mendirikan sa-buah rumah ibadah (masjid).

Tetapi sekarang setelah enam tahun berlalu chita-chita Tuan Ahmad Daing Mapata terchapai. Berdirilah sa-buah masjid yang di-berikan nama Masjid Waqaff Ahmad Daing Mapata yang telah menelan biaya sa-jumlah $100,000.00.

Kini, Masjid Bandar Tawau berubah wajah dengan pengubahsuaian yang dibuat pada kubah masjid dalam bentuk krom.

                                                    

Mari kita sama-sama sedekah Al-Fatihah buat Allahyarham Tuan Daing Ahmad Mapata  dan semoga kita terus mengenang jasa baiknya.


Sumber: E-Tawau & Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *