Sejak semalam, warga Tawau membanjiri media sosial dengan pelbagai meme lawak dan sarkastik berkaitan Adidas selepas tular satu status facebook yang berkaitan. Tetapi tidak kurang juga ramai yang bingung apa sebenarnya yang berlaku.
Warga Tawau tampil dengan meme sarkastik & lawak |
Troll lambang Adidas menghiasi roundabout di bandar Tawau |
Tawau Bumi Peladang bertukar menjadi Tawau Bumi Adidas 😂 |
Bukan kaleng-kaleng 😂
|
Seorang pemuda dengan nama Facebooknya Shahrom Neeza memuatnaik satu status bagi menjawab segala persoalan berkaitan isu ini. Mari kita baca penjelasannya 👇.
Shahrom Neeza Tampil Beri Penjelasan berkaitan isu yang viral di Tawau |
” Ramainya yang PM aku . Apa kes pasal adidas tu hahaha . Tiada juga, isu kecil seja ni . Cuma bila org viralkan . Jadilah isu makin besar.
1. Kenapa kami pakai traktop adidas pada haritu.
Jawapan – sebabkan ada program kami J3 Bundle Noss Bundle “Tour Live” untuk sabah. Jadi haritu, dalam jadual kami telah “BERTEMAKAN” traktop adidas, ok macam tu. Dan orang tawau team Pali_pali Bundle dan team GittewLah Store telah sambut kami di tawau dengan layanan yg sangat terbaik.
2. Apa maksud Tour Live tu.
Jawapan – Team kami dari sandakan membuat satu program untuk live menjual brg bundle dari satu tempat ke satu tempat. Dan lokasi kami yg pertama adalah Tawau. Dan diikuti daerah seterusnya sampailah ke kota kinabalu. “LIVE JELAJAH SABAH”
3. Tidak panas ka pakai baju tu.
Jawapan – Ramai yang cakap, tidak gila ka pakai baju tu panas2 tengah hari. Bagi aku baju tu aku pakai tidak panas. Kain sejuk punya. Tidak percaya, kau cuba pakai kelebihan baju tu panas atau tidak. Baru kamu komen, bagaimana? Lagipun itu adalah sebelah petang dalam sekitar jam 4.
4. Macam mana boleh viral.
Jawapan – Yang memviralkan bukan kami. Tapi ada satu pihak yg telah viralkan kami kononnya kami mengatakan “JANGAN DATANG TAWAU KALAU TIADA ADIDAS MU” hahahaha.
Dulu checking ada ic ka nda sekarang checking adakah Adidas mu 😂 |
Sebenarnya, sepatahpun kami tiada mengeluarkan ayat macam tu, sumpah. Kami masih ada akal. Dan kami masih di tempat orang di jemput baik layanan org tawau. Buat apa kami mengatakan macam tu. Kami masih satu negeri tiada beza utk kami. Jangan tabur fitnah bang. Saya tahu apa FBmu.
5. Peliknya
Jawapan – Waktu kami bergambar mengikut “TEMA ADIDAS” rupanya orang yg telah viralkan kami ada di situ pakai baju biasa. Dan, dia rupanya memerhatikan gerak geri kami. Waktu tu, kami tidak kenal dia siapa. Tapi yg peliknya? Dia orang Tawau patutnya kau support org tawau bang. Aduhh.. bukan kau sibuk2 mahu viralkan kami.
Untung kami ni anak muda jual baju bukan jual syabu dan gam. Lagipun kami semua baru berumur 20an. Kami jual barang cari duit untuk family kami bukan untuk kamu. Duit kami sendiri.
6. Apa kes orang seberang
Jawapan – Kalau saya perasan group “Wor fufu ka kupu2 ka” apa2 lha. Durang suka menyibuk hal orang. Lebih2 lagi masalah orang sabah bukan masalah durang hanya untuk tumpang famous. Dan?? Saya telah viral memetik nama negeri?? Cuba sebut negeri apa saya petik?? Ada?? Hahaha jangan silap bos. Saya cuma petik negeri saya sendiri sahaja. Cuma kamu yg besarkan hal ni sebab kamu suka menyibuk hal orang lain lalu terjadilah sel2 otak kamu bergabung hahahaha ar gitulah.
6. Kesimpulannya
Jawapan – Yang tukang viral adalah seorang yang “PENDENGKI” kau orang sabah patutnya support orang sabah hhhmmmm
Baru satu lokasi di “TAWAU” belum lagi lokasi yang seterusnya. Mesti bergegar orang2 yg pendengki ni hahahaha “
__
Sama-sama kita saling sokong antara satu sama lain, jangan iri-iri hati haipp. Apapun, steady orang Tawau!
Kredit:
- Facebook Shahrom Neeza
- Instagram @tawautown
- Meme dari @Jo
- Warga Tawau yang sempoi & kreatif