PKP 2.0 – POLIS BAGI PELUANG 3 HARI BALIK DAERAH ASAL (RENTAS DAERAH)
TAWAU; 13 JANUARI 2021 (Rabu) – Orang ramai yang terkandas di daerah lain dan hendak pulang ke daerah asal diberi kelonggaran berbuat demikian dalam masa tempoh tiga hari sehingga hari Jumaat, 15 Januari ini.
Ketua Polis Arah Petugas Benarkan Rentas Daerah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam satu sidang media di Kuala Lumpur semalam telah mengarahkan semua petugas dalam kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sekatan Jalan Raya (SJR) mengambil tindakan bagi membenarkan rentas daerah atau negeri kepada orang ramai dalam tempoh yang telah ditetapkan ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Mengesahkan Perkara Tersebut
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi pemberita RTM di Kota Kinabalu mengesahkan kenyataan tersebut telah dibuat Tan Sri Abdul Hamid dalam satu sidang media khas di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, malam tadi.
Justeru itu, masyarakat masih memiliki 3 hari bermula hari ini untuk balik ke daerah asal. Semoga masyarakat dapat menyusun jadual perjalanan dengan lebih baik dan sentiasa mengawal kebersihan kendiri dan SOP penjarakan fizikal.