7 Tips Mudahnya Tarawih Di Rumah

Ramadhan kali ini disambut dengan keadaan PKP lagi. Namun, tidak perlu bermasam muka, puasa tetap puasa walaupun tiada baazar Ramadhan dibuka disebabkan pkp yang melanda. Sungguhpun begitu, didalam bulan puasa ini, marilah kita sama-sama mengimarahkannya dengan menghidupkan malam-malam dibulan ini dengan Solat Sunat Tarawih. 


Berikut dikongsikan 7 tips mudahnya untuk melaksanakan Solat Sunat Tarawih di rumah.

1. Solat Sunat Tarawih boleh dilakukan secara dua rakaat. Sebaiknya solat ini dilakukan dengan jumlah minima 8 rakaat dan boleh dilanjutkan kepada 20 rakaat serta sehingga 100 rakaat sekiranya berkemampuan.
2. Solat ini tidak mempunyai sebarang surah yang khusus untuk dibaca setelah pembacaan surah al fatihah. Malah sekiranya tidak membacakan surah tambahan sekalipun selepas surah al fatihah ianya tetap dibolehkan. Selain itu, sekiranya ingin membaca surah lain setelah membaca surah Al Fatihah, kita boleh mengulang surah yang sama untuk setiap rakaat. 

3. Didalam solat ini, tidak mempunyai bacaan doa ataupun zikir wajib yang perlu dibacakan sebelum ataupun selepas tarawih ataupun diantara tarawih. Kita boleh bangkit dan terus memulakan solat sunat tarawih untuk rakaat yang seterusnya setelah selesai rakaat tarawih sebelum ini. 

4. Didalam pelaksanaan solat tarawih juga dibenarkan untuk memegang mushaf samaada alquran yang dipegang ataupun diletakkan di “stand” dihadapan untuk membacakan ayat alquran didalam pembacaan solat kita selepas membaca surah al fatihah. Selain itu juga, kita boleh memegang telefon pintar bagi menggantikan mushaf. 

5. Berkenaan dengan imam, budak lelaki yang berumur 6 tahun dan belum baligh boleh menjadi imam. Selain itu, ibu boleh niat sebagai imam sekiranya makmum adalah anak-anak lelaki kecil yang belum mengenal erti sembahyang. 
6. Solat sunat tarawih boleh dilakukan secara berjemaah ataupun seorang diri. Selain itu, tarawih juga boleh didirikan secara duduk walaupun dalam keadaan sihat. 

7. Solat Sunat ini boleh dianggap sebagai solat sunat tahajud dan boleh ditutup dengan solat sunat witir dengan jumlah satu, tiga, lima atau mana-mana angka ganjil yang mampu.

Mudah bukan? Jadi kepada semua warga Tawaukini yang bakal menunaikan solat tarawih dirumah, selamat menunaikan ibadah. 

Sumber : Instagram Pencetus Ummah Azman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *