Bantuan Prihatin Sabah 3.0 COVID19 – Tunai RM300

Bagi membantu golongan yang memerlukan di Sabah, Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Covid-19 yang berjumlah RM154,835,981 juta. Peruntukan yang disalurkan membabitkan bantuan tunai “one-off” sebanyak RM300 dan juga bakul makanan. 

Menurut Datuk Seri Hajiji Hj Noor, Bantuan On-Off RM300 akan memberi manfaat kepada 370,432 penerima dan untuk bantuan bakul makanan sebanyak 343,665 akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. 

Berikut merupakan antara golongan penerima : 
1. Kategori miskin, miskin tegar & e-Kasih
2. Usahawan mikro dan kotej
3. Penjaja Kecil
4. Pemandu bas, lori, teksi, institusi memandu, pemandu bot dan pemohon baharu.
5. Nelayan, petani, pekebun sawit (MPOB), pekebun kecil koko, pekebun kecil LIGS, penternak , pekebun kecil KPD, (pekebun / penternak) dan pekebun kecil LKTNS
6. Pemandu pelancong, penggiat seni, Divemaster, Malim gunung dan Porter (sektor pelancongan)
Tambahnya lagi, Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang akan disalurkan merupakan bantuan tambahan kepada bantuan yang telah diagihkan menerusi Bantuan Sabah Prihatin 1.0 dan 2.0 sejak hujung tahun lalu yang berjumlah RM238,318. Bantuan yang disalurkan merupakan bantuan tambahan kepada bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan baru-baru ini. 


Beliau ditemui selepas mendengar Taklimat Pengurusan Keselamatan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah sebelum ini. 

Hajiji yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Bantuan Sabah Prihatin 3.0 yang diagihkan dalam masa terdekat yang merangkumi pembayaran secara tunai oneoff RM300, pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan bantuan kepada pelajar institusi pengajian swasta dan awam.

Katanya, Bantuan Sabah Prihatin itu akan diagihkan menerusi lapan kementerian, selain Pejabat Tugas-Tugas Khas dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada golongan sasaran masing-masing.

Untuk semakan status dan maklumat lanjut, sila layari laman web https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *