Usaha pemberian Vaksin COVID-19 yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah merupakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang bakal dijalankan sehingga Februari 2022. Pihak kerajaan mensasarkan penerimaan Vaksin COVID-19 dalam kalangan rakyat adalah sebanyak 80% atau 25.6 juta orang menjelang awal tahun hadapan. Langkah ini adalah bagi memastikan penyebaran wabak COVID-19 dapat dikawal dan ditangani khususnya melibatkan penyebaran dalam negara.
Daftar Melalui Aplikasi MySejahtera
Puan Napisah bt Zainuddin (71 tahun), telah berjaya menerima suntikan dos pertama vaksin beliau pada 7 Jun 2021 baru-baru ini. Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan tinggi kolestrol. Menurut beliau, beliau telah didafarkan oleh cucunya melalui aplikasi MySejahtera dan kemudian dipanggil untuk menerima suntikan dos pertama pada 7 Jun 2021 di Dewan Masyarakat Tawau.
Manakala menurut Nur Syahirah Binti Selamat, 27 tahun;
“Pada mulanya saya hanya mendaftar vaksin menggunakan mySejahtera, perlu semak selalu mySejahtera dan pastikan alamat, poskod dan maklumat diri sentiasa dikemaskini di mySejahtera. Pada 12 Jun 2021, saya telah dihubungi oleh pihak Klinik Kesihatan Tawau untuk mengambil dos vaksin pertama (vaksin pfizer) pada pukul 10.00 pagi di Klinik Kesihatan Tawau.”
Kedua-dua penerima vaksin mengakui ketika menerima suntikan vaksin, mereka langsung tidak merasa apa-apa kesakitan. Menurut Pn Napisah, “Sama sekali tidak sakit, rasa seperti di gigit semut sahaja.”
Kesan Selepas Menerima Vaksin
Selepas menerima vaksin, Pn. Napisah turut mengalami kesan sampingan seperi kebanyakkan individu lain, namun begitu selepas hari kedua, beliau mula rasa sihat seperti biasa.
Selepas 1 jam menerima vaksin saya berasa mengantuk dan berdengung di bahagian telinga kanan. Tetapi selepas hari kedua saya sudah dapat menjalankan kehidupan seharian seperti biasa. Tiada apa-apa kesan yang teruk.
Pn. Nafisah Zainuddin, 71 tahun. |
Menurut Syahirah Selamat pula, selepas menerima vaksin dia diletakkan di sebuah tempat untuk pemantauan. Bagi yang tiada penyakit/alahan serius, proses pemantauan hanya dilakukan sekitar 15 minit sahaja. Bagi yang punyai risiko penyakit/alahan akan diletakkan di proses pemantauan sekitar 30 minit.
Selepas 2 jam divaksin, saya cuma rasa sengal-sengal ditempat suntikan dan pening kepala yang sangat minima serta agak mengantuk. Selepas rehat/tidur selama 2 jam, sakit kepala mulai hilang dan saya dapat jalankan aktivit harian seperti hari-hari biasa. Pada hari kedua, saya sedar ada sedikit kemerahan pada tempat suntikan, dan apabila buat semakan di bahagian info vaksinasi (Pfizer) di aplikasi mySejahtera), perkara tersebut adalah normal dan akan beransur hilang.
Apa Kata Mereka Mengenai Vaksin?
“Pada pendapat saya, vaksin amat penting untuk menguatkan imun badan & melindungi saya daripada jangkitan covid 19 lebih serius terutamanya untuk warga emas seperti saya. Kita ni janganlah mudah percaya dengan cerita-cerita yang tidak sahih. Vaksin selamat, saya seorang warga emas telah divaksin dan tidak mempunyai sebarang side effect yang teruk alhamdulillah.
Saya berharap semoga kita semua orang Tawau terutamanya warga emas seperti saya daftar la vaksin, minta anak atau cucu daftarkan untuk kita sekiranya tidak pandai daftar sendiri supaya kita semua dapat menjalani kehidupan normal.” – Pn. Nafisah Zainuddin, 71 tahun.
Pesanan Kepada Yang Masih Ragu-Ragu
Syahirah Selamat berpesan,
“Jangan risau, jangan percaya benda yang tidak sahih. Rujuk kepada sumber sahih bagi mengelak daripada tertipu dengan dakyah diketengahkan kelompok antivaksin yang dikhuatiri berpandukan maklumat tidak tepat. Jangan cepat percaya benda-benda karut, lagi-lagi yang diforward2 di wasakkk tu. Baca dan kaji bila mahu percaya atau ”forward” ya!
Dan dalam agama pun, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjaga kemaslahatan/kesejahteraan masyarakat, iaitu dengan mengambil vaksin.
BINA IMUNITI ANDA DAN IMUNITI KELOMPOK MASYARAKAT!”
Syahirah Selamat, 27 |
Vaksin Adalah Selamat, Dan Penting Untuk Bina Imuniti Kelompok.
Vaksin adalah selamat, dan perlu diambil oleh masyarakat bagi membina imuniti kelompok kita. Lagi-lagi bagi mereka yang tidak layak untuk mengambil vaksin (Cth, kanak-kanak).
Bagi mencapai tahap imuniti, 70 ke 80 peratus rakyat di negara ini perlu mendapatkan vaksin bagi mengawal jangkitan (tempoh keberkesanan masih dikaji), (Sumber; Prof Dr Zamberi Sekawi, Pengajar Perubatan UPM, Berita Harian).
Menurut laman https://www.infosihat.gov.my juga, kajian klinikal vaksin dibangunkan pada masa ini tidak membabitkan kumpulan umur kanak-kanak. Dan pemvaksinan ini amatlah penting bagi mengekalkan kesihatan generasi masa hadapan dengan membina imuniti kelompok.
Marilah ambil vaksin untuk bina imuniti kelompok!
Bagi orang ramai yang masih belum mendaftar, anda boleh mendaftar melalui aplikasi MySejahtera, laman web https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/, atau menghubungi talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan iaitu 1 800-888-828.