Sabah Sasar Vaksin 30,000 Individu Sehari

Untuk mencapai imuniti kelompok di Negeri Sabah, seramai 2.9 juta penduduk haruslah diberikan vaksin. Bagi mencapai jumlah tersebut, bermula bulan hadapan, Kerajaan Negeri Sabah akan mensasarkan untuk memberikan vaksin kepada 30,000 individu dalam sehari. 

Perkara ini diumumkan oleh Datuk Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah didalam satu Majlis Pelancaran Kempen Sifar Pandemik Covid-19 Di Sabah. 
Bagi memastikan pemberian vaksin berjalan dengan lancar, pembukaan lebih banyak pusat vaksinasi dilakukan di seluruh Negeri Sabah. Selain itu, sektor swasta dan juga Jabatan Kesihatan mempergiat program bergerak diluar bandar bagi membantu penduduk pedalaman mendapatkan vaksin. 

Sebanyak 16 PPV baharu dibuka diseluruh negeri pada bulan Jun sebagai tambahan kepada 95 PPV sedia ada. Penambahan PPV dilakukan bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Daripada 95 PPV yang diwujudkan, sebanyak 72 adalah fasiliti kesihatan, manakala 23 lagi adalah PPV awam yang beroperasi di seluruh negeri. 
Setakat ini, sejumlah 326,556 inividu di Sabah termasuk anggota tentera telah menerima dos pertama di dalam Fasa Pertama dan Kedua PICK. Hajiji turut menyatakan kerajaan negeri akan memastikan bekalan vaksin seperti Pfizer BioNtech, Sinovac dan AstraZeneca mencukupi untuk rakyat dinegeri ini dan memberikan jaminan lebih banyak bekalan vaksin akan tiba mulai Julai ini.

Dengan itu, sebagai rakyat dinegeri ini, marilah kita bersama menyahut seruan kerajaan bagi mendapatkan vaksin Covid-19 dan mencapai imuniti kelompok yang disasarkan pada penghujung tahun 2021. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *