Kejadian Kebakaran di Tawau

 

Sekitar pukul 1.53 pagi tadi, satu kejadian kebakaran berlaku di salah sebuah pasar raya di Tawau iaitu Century Supermarket yang terletak di Batu 3 Tawau, Sabah. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata “Seramai 16 orang pegawai dan anggota disertai dengan Penolong Penguasa Bomba iaitu Mazlan Sarman digerakkan ke lokasi kejadian”. Pergerakan tersebut dilengkapi dengan kekuatan logistik iaitu dua buah jentera FRT dan sebuah van EMRS.

Mengulas tentang kejadian yang berlaku, Pemadaman yang dilakukan menggunakan kaedah Offensive Firefighting dan Fire Break. Kebakaran yang berlaku dapat dikawal pada pukul 3.23 pagi dan api terpadam sepenuhnya pada 8.07 pagi.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada litar pintas yang berlaku namun punca kejadian dan jumlah kerugian masih didalam siasatan pihak bomba. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan berkaitan dengan kejadian yang berlaku. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *