Takut Jarum?Tahu Apa Itu Trypanophobia?Ini Cara Untuk Tanganinya.


BAGI mereka yang memiliki trypanophobia atau fobia jarum suntikan, sudah pasti sedikit sebanyak terkesan dan bimbang untuk mengambil vaksin COVID-19 yang sedang rancak berlangsung dalam negara melalui Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).


Bagi orang yang fobia jarum suntikan, mereka boleh mengalami gejala yang sangat tidak selesa seperti trauma, jantung berdegup kencang, pening kepala malah pengsan.

Apa yang menjadi kebimbangan ialah golongan ini ada yang menolak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sedangkan kebersamaan mereka dalam PICK sangat ditagih untuk mencapai imuniti kelompok 80 peratus menjelang hujung tahun ini seperti disasarkan negara.

Sekiranya masih bimbang dan takut untuk mendapatkan vaksin COVID-19, anda boleh mengamalkan beberapa tip ini agar rasa takut dengan suntikan jarum ini dapat diatasi.

Abaikan Berita Palsu Mengenai Vaksin

Pakar perubatan percaya, kebimbangan untuk mendapatkan vaksin COVID-19 juga berkaitan dengan mitos-mitos yang tular dan telah dibaca oleh seseorang seperti teori konspirasi dan sebagainya.
Seseorang perlu mengabaikan mitos-mitos dan teori konspirasi yang merangkumi pelbagai berita palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp dan lebih baik merujuk kepada berita daripada media arus perdana atau berjumpa dengan doktor di hospital.
Carilah lebih banyak maklumat sekiranya belum boleh mengabaikan segala berita palsu tersebut dan pelajari fakta berkaitan vaksin COVID-19.

Fikirkan Sebagai Tanggungjawab Sosial Terhadap Orang Lain

Fikirkan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjadi benteng paling hadapan dalam memastikan sistem kesihatan negara tidak lumpuh.
Mereka juga ada keluarga, suami, isteri, anak-anak dan ibu bapa untuk dijaga dan pandemik ini telah setahun melanda, fikirkanlah perjuangan mereka yang tiada tolok bandingannya.
Ini akan lebih membuatkan kita bermotivasi untuk divaksin dan selangkah lebih dekat untuk pandemik ini berakhir dengan cepat.

Makan dan Minum Sebelum Terima Vaksin
Kedengaran seperti tidak perlu, tetapi mengisi perut dengan makanan terlebih dahulu sebelum divaksin dan memastikan tubuh terhidrasi dengan baik dapat membantu mengurangkan perasaan pening dan mengelakkan pengsan.
Ini kerana apabila perut lapar dan dehidrasi boleh menambah kesan negative daripada tekanan dan ketakutan untuk mendapatkan suntikan jarum

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang bimbang dengan dan takut terhadap jarum malah mabuk darah juga.
Sama-samalah kita saling membantu di era pandemik COVID-19 ini yang memerlukan pengorbanan tinggi daripada kita semua sebagai rakyat Malaysia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *