Menyediakan Penyelesaian untuk Isu Perumahan di Kampung Setinggan Dun Kukusan


TAWAU – Kampung Sri Menanti merupakan antara kampung setinggan yang terletak di Dun Kukusan, Tawau. Di kawasan ini, terdapat lebih daripada 6 kampung setinggan yang memerlukan perhatian serius. Walaupun satu kampung setinggan, iaitu Kampung Jawa Sentosa, telah digazetkan secara rasmi sebelum ini. Namun isu perumahan yang layak masih menjadi masalah yang besar di kalangan penduduk setempat.

YB Rina Jainal, ADUN Kukusan, ketika menghadiri Program Santunan Ramadan Sabtu lepas, menggariskan keperluan mendesak akan projek Perumahan Awam (PPR) dalam menangani masalah perumahan dalam komuniti. Terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan setinggan. Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan projek PPR dijangka dapat memberikan penyelesaian yang berkesan kepada isu perumahan yang dihadapi oleh penduduk kawasan tersebut.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Dalam Program Santunan Ramadan yang dianjurkan oleh Yayasan Impak, sebanyak 40 keluarga asnaf di Kampung Sri Menanti menerima bantuan. Bantuan ini bukan sahaja membantu meringankan beban hidup mereka, tetapi juga memberikan satu sinar harapan baru bagi mereka yang berdepan dengan cabaran hidup yang besar.

Yayasan Impak yang diterajui oleh Dr. Tajudin Ali telah memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu masyarakat yang memerlukan. Sememangnya bantuan daripada semua pihak dalam meringankan beban masyarakat diperlukan terutama sekali di dalam bulan Ramadan.

Keperluan untuk meningkatkan inisiatif bagi menyelesaikan isu-isu sosial di kawasan setinggan seperti Kampung Sri Menanti adalah penting. Hal ini untuk memastikan setiap individu mendapat akses kepada kehidupan yang lebih baik dan layak. Dengan kerjasama dan sokongan berterusan dari pihak berkuasa dan pertubuhan masyarakat sivil, diharapkan masalah ini dapat diatasi dengan lebih berkesan pada masa akan datang.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *