Mungkin ramai yang tidak tahu kewujudan sebuah lokasi yang dikenali sebagai Kiulu, terletak di daerah Tuaran, Sabah ini.
Kawasan ini mempunyai 105 kampung dengan didiami lebih 50,000 penduduk yang terdiri daripada masyarakat Kadazandusun majoritinya.
Sungai Kiulu
Tahukah anda, terdapat beberapa tempat menarik untuk anda kunjungi di daerah ini termasuklah Sungai Kiulu.
Sungai Kiulu merentasi kebanyakan kampung di daerah kecil Kiulu. Ia merupakan salah satu tempat yang menjadi sumber ekonomi buat warga tempatan.
Sungai ini telah menjadi salah satu lokasi popular untuk aktiviti lasak sejak 15 tahun yang lalu lagi. Antara aktiviti air yang sinonim dengan Sungai Kiulu ialah berakit jeram. Namun kini ia telah berkembang lebih pesat dengan pelbagai aktiviti yang telah diwujudkan oleh penduduk setempat di sepanjang sungai sebagai tarikan pelancong.
Selain air sungai yang jernih, pemandangan di sepanjang laluan masuk ke kawasan tersebut (sepanjang 60 KM dari Kota Kinabalu) juga cukup mengujakan. Udaranya terasa benar-benar segar!
Habitat ikan di sungai Kiulu juga masih dikekalkan dengan adanya amalan Sistem Tagal yang telah dilaksanakan oleh penduduk kampung sepanjang sungai dan ia berjaya mewujudkan daya tarikan kepada pelancong.
White Water Rafting di Sungai Kiulu + Trekking Hutan
Sekiranya anda gemarkan aktiviti lasak, Sungai Kiulu adalah pilihan yang tepat. Selain aktiviti di air, anda juga dapat menikmati keindahan hutan melalui aktiviti trekking.
Anda boleh menempah pakej pelancongan ke Sungai Kiulu ini dengan melayari: https://www.traveloka.com/
Dengan harga serendah RM220**, anda boleh menerokai Sungai Kiulu dan kawasan berhampiran dengan jurupandu yang mahir dan berlesen.
Antara kelebihan yang ditawarkan adalah;
– Perkhidmatan pengangkutan – Alat kelengkapan untuk aktiviti white water rafting yang diiktiraf. – Perlindungan insurans. – Sijil white water rafting (atas permintaan). – Jurupandu arah yang berlesen. – Jurupandu arah sungai yang diiktiraf. – Pegawai pertolongan cemas diiktiraf. – Pegawai penyelamat air yang diiktiraf. – Jurupandu arah berbahasa inggeris. – Pendayung bot keselamatan. – Bot keselamatan. – Perkhidmatan jurugambar. – Bufet makan tengah hari. – Yuran kemasukan. – Kemudahan bilik persalinan/bilik mandi.
Kesimpulan
Menarikkan? Boleh masukkan ke dalam ‘wishlist place’ anda ya!