5 Makanan Tradisi Etnik Banjar | Mempunyai Keunikan Rasa Tersendiri!


Mana sini orang Banjar? Angkat tangan dulu sikit. 

___

Etnik Banjar merupakan salah satu suku kaum yang terdapat dalam rumpun Masyarakat Melayu dan kebanyakkannya menetap di negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) termasuklah negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau). 

Tahukah anda, sebenarnya etnik Banjar yang datang ke Tanah Melayu adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito, terutama sekali dari daerah Banjar Masin, iaitu pusat bandar daerah itu yang terletak di bahagian tenggara Borneo. 

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai makanan tradisi etnik Banjar. 

5 Makanan Tradisi Etnik Banjar Yang Anda Perlu Tahu

1. Wadai Kepeng

Pada zaman dahlu kala, wadai kepeng sering disediakan selepas selesai menanam padi ataupun di sebarang majlis doa kesyukuran atau doa selamat secara bergotong-royong. 

Antara bahan-bahan yang digunakan ialah tepung pulut, garam dan air suam. Semua bahan tersebut akan diuli bersama sehingga menjadi doh. Kemudian doh tersebut perlu diambil di dalam kuantiti yang sedikit dan bentukkan menjadi bulat kemudian dipicit sedikit agar menjadi leper. 

Kemudian, dimakan bersama kuah santan yang masak bersama air, gula putih, gula merah dan garam.

2. Kuih Kalakatar

Kuih kalatar dihasilkan menggunakan isi kelapa muda dan air kelapa muda. Anda boleh memasaknya dengan cara bakar mahupun kukus. Namun kebanyakkan orang yang menjual kuih ini akan memasaknya dengan cara bakar. Ramai anak muda yang tidak mewarisi kepakaran dalam menghasilkan kuih tradisi ini. 

3. Kuih Balongan Ahyam


Kuih balongan ahyam ini dihailkan hanya menggunakan 3 bahan; kelapa, gula merah, gula putih. Kemudian, dibungkus menggunakan daun pisang dan dikukus selama 15 minit. Kuih ini mempunyai  rasa seperti dodol.

4. Ikan Wadik 


Ikan wadik biasanya menggunakan ikan yang terdapat di kawasan penanaman padi seperti sepat, puyu dll. Makanan tradisi ikan wadik ini seperti pekasam tetapi tidak masam. 

Cara penyediaannya ialah, ikan-ikan akan diletakkan di dalam guri atau balang secara berlapis-lapis sambil meletakkan garam di atas ikan tersebut. Kemudian, dibiarkan selama sebulan untuk memerapnya. Ada juga yang gemar meletakkan beras goreng atau asam keping di dalam balang untuk menambah rasa unik ikan ini. 

Cara memasaknya, goreng bersama bersama bawang besar dan cili padi. 

5. Mandai/Hampapai 

Mandai/hampapai ialah jeruk kulit cempedak. 

Cara menghasilkannya ialah, kulit cempedak yang telah dibuang bahagian luar/durinya, dipotong menjadi beberapa bahagian dan kemudiannya dibersihkan. Masukkan ke dalam balang kedap udara dan dijeruk bersama air garam sekurang-kurang selama seminggu. 

Setelah dijeruk, kulit cempedak tersebut dikeluarkan, dibersihkan dan ditoskan sebelum dipotong kecil kemudiannya digoreng berama bawang merah, ikan bilis dan cili padi. 

Boleh dijadikan lauk makan bersama nasi. Sedap!


Sumber:

  • http://hubunganetnik-ipgkpi.blogspot.com/2012/05/etnik-banjar.html
  • https://sulaiman-osman.blogspot.com/2017/02/masakan-tradisional-banjar-di-malaysia.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *