Travel Sabah: Senarai Hotel Yang Anda Boleh Tempah Ketika Bercuti Di Tawau

Menjelang hujung tahun, pasti ramai yang sedang merancang lokasi percutian yang ingin dikunjungi bagi mengisi masa-masa cuti nanti. 

Sekiranya anda merancang untuk singgah bercuti di Tawau (Sabah), berikut ialah senarai hotel yang berbaloi untuk anda tempah bagi seisi keluarga mahupun perseorangan. Hotel-hotel ini merupakan antara hotel terbaik berdasarkan review pengunjung sebelum ini. 

Teruskan membaca!

Senarai Hotel Yang Anda Boleh Tempah Ketika Bercuti Di Tawau

1. Borneo Royale Hotel 

Lokasi: Eastern Plaza, Jalan Kuhara

Borneo Royale Hotel Tawau menawarkan penginapan yang terletak di sebelah pusat membeli-belah Eastern Plaza. Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti wifi, ATM, restoran dan lain-lain. 

Ia terletak kurang 5km dari pusat Bandar Tawau. Untuk ke mana-mana lokasi, anda perlu menempah grab/maxim/dll. 

Setiap bilik dilengkapi dengan pendingin hawa, TV,  pengering rambut dan peti deposit keselamatan. Sekiranya anda perlu apa-apa bantuan, pekerja hotel sedia membantu anda 24 jam. 


2. Shervinton Executive Boutique Hotel


Lokasi: TB224-227, LOT 1-4, Jalan Bunga, Fajar , 91000 Tawau, Malaysia 

Hotel ini terletak di pusat bandar Tawau. Terdapat banyak kemudahan disekitarnya yang anda boleh dapati seperti kedai makan, supermarket, bank, pengangkutan awam dan lain-lain. Rata-rata pengguna yang meninggalkan review amat sukakan hotel ini. 

Bilik yang disediakan cukup luas, selesa dan bersih. 


3. King Park Hotel Tawau 

Lokasi: TB 30, JALAN HAJI KARIM 91000 TAWAU, 91000 Tawau, Malaysia

King Park Hotel Tawau menawarkan pelbagai kemudahan seperti restoran, perkhidmatan bilik, serta Wifi percuma di seluruh kawasan penginapan. Hotel ini menawarkan bilik-bilik yang sesuai untuk keluarga. Selain itu, hotel ini juga menawarkan sarapan buffet halal. 

Hotel ini terletak di pusat bandar dan merupakan pilihan yang amat tepat sekiranya anda bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar bandar Tawau. 


4. Monaco Dynasty Hotel


Lokasi: Jalan Bunga TB 230, Jalan Bunga, 91000 Tawau, Malaysia 

“Bilik yang selesa dengan kemudahan yang ada dan location yang sesuai berada di tengah2 bandar dan senang untuk berurusan, berdekatan dengan bank dan terdapat banyak restaurant untuk menjamu selera dan supermarket.”

Begitulah antara review yang ditinggalkan oleh pengguna sebelum ini. Hotel ini  terletak di pusat bandar tetapi harganya cukup berpatutan. 


5. OYO 43959 Astana Hotel

Lokasi: TB4713, Lot 2, Tingkat Bawah, Jalan Dunlop, 91000 Tawau Sabah, 91000 Tawau, Malaysia 

Astana Hotel menawarkan variasi pilihan bilik-bilik yang dilengkapi dengan pendingin hawa, Wifi, TV, set kelengkapan mandi dan lain-lain. 

Hotel ini juga terletak di pusat bandar dan amat berdekatan dengan Pasar Ikan dan Pasar Tanjung. Anda tidak perlu risau, hotel ini mempunyai restorannya sendiri dan kaunter penerimaan tetamu 24 jam. Selain itu, kemudahan lain yang ditawarkan ialah tempat letak kenderaan percuma. 


6. OYO 89568 Mangrove Hotel 

Lokasi: TB 197, Jalan Bakau, Bandar Tawau, Sabah, 91000 Tawau, Malaysia

OYO 89568 Mangrove Hotel menawarkan penginapan bertaraf 2 bintang. Ia terletak lebih kurang 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda mahukan ketenangan, jauh dari kesibukan bandar, dan harga yang berpatutan, hotel ini adalah antara pilihan yang terbaik!

Jangan risau, terdapat pelabagi kemudahan yang disediakan dan anda juga boleh mencari kedai makan disekitarnya dengan mudah. 


7. SVOK Hotel

Lokasi: 39-0 Block G , Lorong Kubota Sentral 4 Jalan Chong Thien Vun, 91000 Tawau, Malaysia 

Terletak di Kubota Square, hotel ini antara pilihan penginapan yang mendapat rating tertinggi. Walaupun jauh dari pusat bandar, terdapat pelbagai kemudahan termasuklah supermarket dan kedai makan di sekitarnya. Jarak untuk ke lapangan terbang juga tidak begitu jauh. 

_

Terdapat lagi beberapa hotel-hotel lain yang akan cukup terkenal di Tawau seperti; Hotel Emas, Hotel Marcopolo, Hotel Heritage, Hotel De’Choice dan sebagainya. Hotel-hotel ini terletak di pusat bandar Tawau, jadi anda tidak perlu risau, pelbagai kemudahan anda boleh dapati dengan mudah. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *