Satay Legend, Satay Cocos Hj Ali, Batu 2, Tawau

 

Siapa Orang Tawau tapi masih belum try satay disini?@Satay Cocos Hj Ali ni memang legend yang orang Tawau wajib coba dan untuk orang luar daripada Tawau, kalau suda sampai di Tawau, wajib singgah disini. Lokasi di Batu 2, berhadapan dengan simpang lampu isyarat Batu 2. 



Disini ada menjual satay legend yang rasanya memang sedap. Satay ni diperap dengan perapan rahsia yang membuatkannya begitu sedap dan lazat. Kalau kamu makan ni, isinya memang padat dan gedempol. Memang puas hati bila dimakan. Dimakan pulak dengan kuah kacang yang pekat dan likat. 



Aduh memang nda terkata. Boleh dimakan dengan Nasi Impit ataupun Gogos. Fuhh puas hati. Rasa macam hari raya terus bila makan satay disini. Terdapat pelbagai pilihan satay yang ada disini antaranya satay ayam, daging dan kambing.



Satay disini sangatlah juicy dan bila masuk ke mulut memang terasa aroma perapannya. Dipanggang dengan begitu baik sebab nda terasa pun ada hangit ataupun terbakar. Isi didalam memang masak dan tidak ada kesan darah atau warna merah seperti ayam yang belum dimasak.  

Selain tu, dorang ada jugak menu lain seperti, Sayap Ayam, Lontong, Gogos, Soto dan pelbagai jenis minuman. Sayap ayam disini disalut dengan madu sebelum dipanggang. Rasa ayam madu tu memang cun dan nda kenyal bila dikunyah. Dimakan pulak dengan sambal kicap pedas. Memang lunas craving mau makan sayap ayam. 



Soto disini pun power. Nda sangka ditempat orang jual satay ada jugak orang jual soto. Soto disini kuahnya memang sedap dan diisi dengan isi seperti bergedil, mihun, ayam dan lain-lain.

 


Untuk yang mahu mengunjungi Satay Cocos Hj Ali ini, sangat mudah, sebab dia berada di tepi jalan besar di Batu 2. Berdekatan dengan Lampu Isyarat Batu 2 dan Tawau Specialist Medical Centre. Beroperasi daripada pukul 1 petang sehingga 11 malam. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0196371590.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *