Menyingkap Kejayaan Kilauan Emas E-Sport Tawau di SAGA 2023

esport


TAWAU – Pada bulan lalu, Sukan Sabah Games (SAGA) menyaksikan kemunculan kegemilangan pasukan E-Sport Tawau. Kejayaan ini menandakan perubahan landskap sukan yang semakin diiktiraf. Kontinjen Tawau mengecapi 1 emas melalui acara Tekken 7, memberi tumpuan kepada kekuatan dan kemahiran dalam dunia permainan video.

Menurut Encik Sofi, pengurus pasukan E-Sport Kontinjen Tawau dan pemilik Kedai Permainan Video Toko Neo, latihan persediaan telah dilakukan lebih awal. Latihan dimulakan lebih kurang 4 ke 5 bulan sebelum pertandingan. Ini bagi memastikan para atlet mendapat latihan yang secukupnya.  Fasiliti latihan di Toko Neo Gaming Studio memberikan kelebihan dengan latihan yang cekap dan berkualiti kepada setiap atlet yang bertanding.
e-sport

Persediaan Kejohanan Akan Datang

Persediaan terus dijalankan untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) di Kuching, Sarawak pada Ogos 2024. TokoNeo akan menjadi pusat latihan rasmi bagi atlet-atlet seperti adik Nurwansyah dari Tawau dan adik Zulfikri dari Kalabakan dalam acara Tekken 8. Toko Neo merupakan sebuah kedai permainan sukan elektronik yang terletak di Tingkat 2, Bangunan Eastern Plaza. Terdapat pelbagai jenis permainan elektronik terkini yang tersedia disini.

e-sport

Adik Nurwansyah, pemegang pingat emas E-Sport Tekken 7, menegaskan pengalaman SAGA sebagai satu pengalaman yang mengharukan. Beliau menekankan tentang sokongan ibubapa yang luar biasa serta jadual belajar dan latihan yang seimbang sebagai kunci kejayaannya.

Baca Juga : Cungkil Bakat Melalu Sukan Futsal

Sokongan Daripada Masyarakat Dan Pemimpin Tempatan

Dalam masa yang sama, Encik Sofi menyeru semua masyarakat dan pemimpin tempatan untuk terus memberikan sokongan kepada sukan e-sport yang mempunyai peluang cerah untuk membawa nama tawau ke peringkat yang lebih tinggi. Sasaran mereka seterusnya adalah untuk bertanding pada SUKMA 2024 dan SAGA 2025 yang bakal berlangsung di Tawau.

Pada akhir wawancara, adik Nurwansyah menyatakan harapannya agar beliau dan pasukan dapat melakukan persediaan yang terbaik bagi kejohanan-kejohanan sukan akan datang. Sekali lagi, kejayaan mereka membuktikan bahawa E-Sport mampu menjadi wadah prestasi yang dihormati serta membawa kebanggaan kepada Tawau.

Ikuti perkembangan Daerah Tawau, Sabah melalui laman Facebook kami di Tawaukini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *